Kebanyakan wanita takut akan kegemukan lebih-lebih lagi kononnya
kegemukan berlaku selepas berkahwin. Apa yang lebih malang, ada golongan
suami yang bercadang untuk mencari perempuan lain kerana menganggap
isteri mereka sekarang sudah tidak cantik, nampak tua dan gemuk. ‘kisah
cinta masa gemuk buang, dah cantik baru terhegeh-hegeh nak balik jadi
viral’ membuktikan lelaki akan meninggalkan kekasihnya sekiranya
terjumpa orang yang lebih baik dari kekasihnya. Memang ada lelaki yang
baik hati tetapi 10% sahaja!.
Tapi tahukan anda wahai kaum suami sebab-sebab yang menjadikan para
wanita khususnya isteri anda dan ibu kepada anak-anak anda cepat nampak
tidak menarik di mata anda?
1. Menurut kajian jika kita makan dengan perlahan dan mengunyah makanan
sehingga benar-benar hancur, itu akan membantu proses penghadaman kita,
sekaligus mengelakkan kita gemuk. Tetapi kasihan kaum ibu, mereka
terpaksa makan laju-laju, telan terus tanpa sempat dikunyah kerana nak
memujuk anaknya yang menangis. Tapi si suami.. Layan jer sambung makan,
buat-buat tak dengar anak menangis…Jadi, wanita pun mudah jadi gemuk
sebab makanan tak sempat nak hadam betul-betul.
2. Wanita juga mudah gemuk kerana sifat mereka yang tidak suka membazir.
Makanan yang tidak habis dimakan oleh anaknya, maka dialah yang akan
menghabiskannya pulak. Sayang katanya… Takut membazir. Membazir itu kan
amalan syaitan. Si suami pulak dengan selamba mengatakan “kau ni kuat
betul makan!”
3. Bila anak menangis tengah malam nak minum susu, bapaknya akan tidur
mati silap-silap buat-buat mati. Kalau yang dengar pun buat-buat tidur
lena sebab malas nak bangun, malas nak ganggu tidurnya. Si ibulah yang
dalam semalam, berapa puluh kali terpaksa bangun membuat susu untuk
anak. Bila tak cukup tidur, mulalah muka nampak letih dan cepat nampak
tua. Kedut-kedut pun mula wujud. Kan petua untuk cantik kena minum air
banyak dan tidur secukupnya.
4. Bagi wanita yang berkerjaya, sudahlah penat bekerja untuk membantu
menambah pendapatan keluarga, bila balik rumah, semuanya dialah yang
kena uruskan. Dengan perangai anak-anak, perangai bapaknya… Nak itu, nak
ini.. Jadi, wanita pun membebel, marah-marah… Dan bila marah-marah,
banyak leter, cepatlah jadi tua.
Kesimpulannya disini, wanita lebih cepat nampak tua dan cepat gemuk
semuanya gara-gara golongan lelaki juga atau lebih tepat lagi suami.
Wahai suami, hargailah setiap pengorbanan isteri dan terimalah segala
kekurangan dan kelebihannya. Jangan jadikan perkara tersebut sebagai isu
untuk memilih jalan perceraian.
0 comments:
Post a Comment