Saturday 25 June 2016
Filled Under:
TIPS CANTIK! ANDA DIGELAR PEREMPUAN BERMISAI? INI 7 CARA BUANG BULU HALUS SEKITAR BIBIR
Posted By:
Unknown
on 03:56:00
(**)Amboi! Pejam celik, pejam celik lagi dua minggu je nak raya ni! Anda tu dah buat persiapan ke belum? Inilah, penulis nasihatkan… seeloknya buatlah persiapan yang awal, kalau boleh buat satu checklist berkenaan perkara yang penting-penting. Al-maklumlah, nak raya ni semuanya kena ambil kira kan?
(**)Baju raya, kebersihan rumah, susun atur dalam rumah, kuih raya, ha yang paling penting kecantikan diri pun kenalah diberi perhatian.
(**)Anda dah serik ditumbuhi bulu-bulu halus sekitar kawasan bibir. Bila tengok dekat-dekat dah rupa misai lelaki pula ye?
(**)Perempuan mana yang suka ditumbuhi rambut-rambut halus di seluruh badannya? Memang tidak ada seorang perempuan pun yang gemar. Mungkin, bagi mereka yang mempunyai jenis kulit bersih tanpa bulu roma itu, bahagianya… Tapi ada ke jalan untuk kita-kita yang ‘berbulu’ ni untuk membuang bulu-bulu yang ada di serata badan, terutamanya di bahagian atas bibir?
(**)Ini Penulis sediakan jawapannya untuk anda!
#1 Serbuk Kunyit
(**)Campurkan dua camca teh serbuk kunyit bersama dua camca teh susu segar. Gaul sebati sehingga menjadi pes, lalu sapukan terus ke bahagian atas bibir yang berbulu itu.
(**)Setelah kering, bilas dengan air bersih. Harus diingatkan, kunyit bakal meninggalkan warna pada kulit anda, jadi cubalah pada bahagian kulit yang lain sebelum anda meletakkanya pada bahagian kulit atas bibir.
#2 Tepung Kosong
(**)Konsepnya sama seperti serbuk kunyit tadi. Anda perlu membuat pes menggunakan tepung biasa bersama susu. Jika mahu, anda boleh tambahkan serbuk kunyit.
(**)Urut bancuhan di kawasan atas bibir. Biarkan ia kering. Setelah itu, kopek dan tarik sisa tepung yang telah kering di kawasan tersebut.
#3 Gula + Lemon
(**)Fungsinya sama dengan proses pengelupasan. Bahkan cara ini dapat bantu mencerah kulit serta melembutkan rambut-rambut halus berkenaan agar ianya mudah gugur.
(**)Anda perlu hangatkan gula di dalam kuali, setelah itu tambahkan pula jus lemon untuk menghasilkan cecair yang likat.
(**)Sapukan campuran di kawasan atas bibir. Biarkan beberapa ketika sebelum menekannya dengan kain yang bersih.
(**)Urut kawasan tersebut dengan gerakan membulat sambil kain tersebut ditarik ke arah bulu-bulu halus itu tumbuh (untuk menarik keluar bulu dari akarnya).
#4 Putih Telur
(**)Penulis pasti, di rumah anda mesti ada telur ayam lebih. Ini cara senang untuk anda buang ‘misai’ secara ringkas.
(**)Campurkan tepung jagung dan gula bersama putih telur untuk dijadikan pes.
(**)Sapukan pes tersebut di kawasan yang terlibat. Biarkan ia selama 30 minit sebelum anda mengupas dan menariknya.
#5 Topeng Pengelupasan Gelatin
(**)Mask ini bukan sahaja berkesan untuk menarik keluar semua rambut-rambut halus yang ada di bahagian atas bibir malah diserata tubuh anda tahu?
(**)Campurkan serbuk gelatin yang boleh anda beli dari mana-mana kedai yang menjual bahan-bahan membuat kek mahupun di pasaraya bersama susu dan beberapa titis jus lemon. Hangatkan ia sebentar di dalam ketuhar gelombang mikro (microwave).
(**)Sapukan pes di bahagian yang berbulu. Tunggu selama 5 minit sebelum anda mengupas ia seperti “peel of mask”. Cuci dengan air suam untuk bersihkan sisa gelatin yang tertinggal.
#6 Skrub Madu & Aprikot
(**)Proses pengelupasan ini dapat menghakis sel kulit mati yang tersisa pada permukaan kulit di samping membuatkan kulit anda halus dan mulus. Namun, sedikit sebanyak ia juga dapat bantu menghilangkan bulu-bulu halus.
(**)Campurkan buah aprikot kering bersama madu.
(**)Sapukan campuran di seluruh wajah anda dan tunggu sehingga 15 minit.
(**)Dengan lembut, skrub keseluruhan wajah dengan gerakan membulat terutamanya di tempat yang berbulu.
(**)Bilas dengan air suam. Siap!
#7 Minyak Tea Tree & Lavender
(**)Campurkan beberapa titis minyak pati Lavender bersama beberapa lagi titis minyak Tea Tree.
(**)Sapukan campuran minyak di tempat yang berkenaan menggunakan bebola kapas sebanyak 3 kali sehari.
(**)Dalam beberapa bulan Insha Allah, anda bakal mendapat hasil yang anda idamkan. Semakin lama, bulu-bulu halus itu semakin berkurang dan hilang (gugur dengan sendirinya).
(**)Jadi, cara mana yang anda hendak gunakan? Jom kita cantik sama-sama menjelang Aidilfitri! Selamat mencuba!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
jom hilangkan bulu roma dengan mudah terutama pada atas bibir. bukan waxing, bukan cabut.. hanya bleachkan sahaja..bulu roma takkan jadi lebat sama sekali . follow ig : bleach_cream_malaysia
ReplyDelete