Jeritan cahaya mata tunggalnya, Hanna Humaira Mohd Hasnun, 1, sebelum
maut dalam kemalangan membabitkan 16 kenderaan di Kilometer 406, Lebuh
Raya Utara Selatan arah selatan berhampiran Tanjung Malim, Perak hari
ini pastinya menjadi igauan Mohd. Hasnun Ramli buat selama-lamanya.
Apatah lagi nahas yang berlaku kira-kira pukul 9.15 pagi itu turut
mengorbankan isterinya, Nurul Syazeila Iryani Suhaimi, 28. Menceritakan
kejadian, Mohd. Hasnun, 29, dalam nada sebak memberitahu, dia bersama
keluarga dalam perjalanan ke Bangsar, Kuala Lumpur untuk menziarahi
jenazah bapa saudara isterinya yang baru meninggal dunia sebelum
kemalangan.
0 comments:
Post a Comment