Kuala Lumpur:
Sebelum ini, banyak kali kita diperdengarkan dengan janji manis indah
tawaran bekerja sebagai pemetik buah di luar negara terutamanya di
Australia dan New Zealand dengan gaji yang lumayan.
Maklum sahajalah, siapa yang tidak tergoda dengan angka pendapatan RM200,000 yang ditawarkan oleh 'iklan-iklan' tersebut.
Seorang
kakitangan swasta yang mahu dikenali sebagai Siti, 32, menceritakan
pengalammannya selama dua bulan di Melbourne, Australia kerana ingin
mengubah nasih hidupnya dengan menerima tawaran tersebut.
Siti
berkata, penyebab utama dia menggerakkan diri merantau ke negara itu
semestinya kerana pendapatan lumayan yang dijanjikan di iklan di laman
sosial.
Siti
yang sebelum itu bekerja di sebuah syarikat dengan gaji hampir mencecah
RM5,000 sebulan pada mulanya meletakkan jawatan selepas ibunya terpaksa
memulakan rawatan dialisi dan dia sahaja yang belum berkahwin ketika
itu.
Berikut adalah kisah Siti :
Berhenti Kerja Kerana Ibu
Mula-mula
berhenti kerja, saya sangka mendapat sokongan adik-beradik lain kerana
saya perlu membayar ansuran kereta serta pinjaman peribadi yang boleh
dikatakan agak banyak jumlahnya setiap bulan.
Bagaimanapun,
selepas hampir dua bulan menjaga ibu yang baru menyesuaikan diri dengan
rawatan dialisis, saya dapati adik-beradik lain mempunyai tanggungan
sendiri kerana masing-masing berkeluarga.
Dari
situ timbul niat ke Australia memetik buah selepas membaca satu iklan
di Facebook (FB) yang menawarkan gaji RM12,000 sebulan.
Bagaimanapun,
mengenangkan keadaan ibu yang uzur saya hanya menyimpan niat itu di
dalam hati, tanpa saya sedari, ibu saya sebenarnya tahu kesempitan
dihadapi ketika itu.
Dapat Lampu Hijau Dari Ibu
Ibu
saya memberikan cadangan supaya pergi ke sana memetik buah selepas
mendengar cerita daripada kakitangan kakak saya mengenai suaminya yang
dapat melangsaikan segala hutang dalam masa setahun selepas bekerja di
sana.
Oleh
kerana sudah mendapat ‘lampu hijau’ daripada ibu, saya mengeluarkan
semua simpanan serta menjual motosikal kesayangan, malah meminjam
daripada adik-beradik dan rakan untuk dijadikan modal.
Saya
diperkenalkan dengan seorang ejen oleh rakan yang sudah ke sana, yang
mengenalkan diri sebagai Mie dan dia menawarkan harga promosi RM1,500
kononnya sebagai kos menguruskan penginapan serta pengangkutan minggu
pertama saya apabila tiba di sana nanti.
Memikirkan
saya bergerak secara solo, saya mengambil keputusan menggunakan khidmat
ejen itu dan meletakkan sepenuh kepercayaan kepadanya.
Berjaya Jejak Kaki ke Australia dengan modal hampir RM9,000
Jumlah
keseluruhan dibelanjakan untuk ke sana, termasuk tiket kapal terbang
dan upah ejen, hampir mencecah RM9,000 dan saya terbang ke Melbourne
pertengahan Januari 2014.
Sebaik
tiba di sana, ejen mengarahkan saya ke sebuah pekan kecil dikenali
sebagai Robinvale dalam daerah Victoria berbekalkan satu nombor telefon
yang dia sendiri tidak tahu siapa, tetapi mendakwa ia kontraktor yang
akan memberikan saya kerja.
Selepas
itu, saya tidak dapat menghubungi ejen itu dan di situlah bermulanya
episod penipuan demi penipuan oleh beberapa individu yang rata-rata
mendakwa sudah mendapat taraf penduduk tetap (PR) Australia.
Mula Bekerja Sebagai Pengutip Buah Namun...
Minggu
pertama saya di sana, saya memetik anggur dan sepatutnya menerima
bayaran A$450, namun, kontraktor hanya membayar A$150 atas alasan saya
berhutang dengannya serta jumlah kotak anggur yang saya petik kurang
daripada yang saya rekodkan.
Tidak
berpuas hati dengan kontraktor terbabit, saya dan beberapa rakan yang
ditipu berniat melarikan diri keesokannya untuk ke ladang lain, namun
niat kami dihidu dan kami dihalau malam itu juga.
Selepas
itu, kami berpindah ke sebuah lagi pekan dalam daerah Victoria iaitu
Echuca untuk memetik tomato dan di sini, keadaan lebih baik berbanding
sebelumnya kerana kami semua dapat berhubung terus dengan pemilik
ladang.
Bagaimanapun,
kontraktor menguruskan saya ketika itu sering bertengkar dengan pemilik
ladang kerana kekurangan kerja dan itu mengakibatkan pendapatan kami
terima tidak seperti yang diharapkan.
Kuatkan Semangat
Memikirkan
hutang semakin menimbun di tanah air, saya kuatkan semangat, namun
semakin lama saya semakin rasa tidak berbaloi terpaksa berjauhan dengan
keluarga untuk bayaran yang sedikit.
Saya akhirnya mengambil keputusan menceritakan apa yang terjadi kepada ibu dan akhirnya ibu menyuruh saya pulang.
Berada
di negara orang untuk bekerja tanpa permit sah membuat saya sentiasa
berada dalam ketakutan, terutama apabila terserempak pihak berkuasa.
Nasihat Dari Siti
Cerita
manis di FB dan juga blog menyatakan seminggu boleh meraih pendapatan
A$1200 bukanlah tidak boleh dicapai, namun ia memerlukan masa
sekurang-kurangnya setahun sebelum pekerja diberikan kepercayaan untuk
dibayar dengan jumlah itu.
Namun,
sanggupkah anda bekerja tanpa sebarang dokumen yang sah serta dihantar
pulang ke tanah air tanpa hasil sekiranya ditangkap pihak berkuasa?
Saya
ke sana bermodalkan hampir RM9,000, dan pulang ke tanah air dengan
hasil sebanyak RM1,200. Saya kini menanggung hutang keliling pinggang,
selain sukar mendapatkan kerja.
0 comments:
Post a Comment