KUALA LUMPUR - Seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan ditemui oleh dua
anggota polis yang kebetulan sedang meronda di kawasan belakang
bangunan tersebut, pagi semalam.
Bayi malang yang dipercayai baru saja dibuang oleh ibunya kurang sejurus
dilahirkan berdasarkan kesan darah yang masih melekat di badannya,
ditemui dalam keadaan berselimut dan kesejukan.
Menurut Inspektor Mohamad Irwan Syah Daud, 28, dia dan rakan setugasnya,
Mohamad Nor, 44, menemui bayi itu di belakang Wisma Lim Foo Yong, Jalan
Tengah, Kuala Lumpur, kira-kira jam 7.45 pagi.
"Saya terus bawa bayi itu ke Hospital Kuala Lumpur, bimbang dengan
keselamatannya. Bagaimanapun, pihak hospital mendapati bayi itu selamat,
cuma perlu diberikan oksigen kerana masih belum cukup umur
(pramatang)," katanya sebelum membuat laporan polis berhubung penemuan
bayi berkenaan.
0 comments:
Post a Comment