Sunday 26 June 2016

Filled Under:

SAYU!! Isteri Allahyarham Prof Izzi Ceritakan Detik-Detik Arwah Menghembuskan Nafas Terakhir Yang Amat Menyayat Hati

Arwah Prof. Izzi sempat jalani imbasan otak



JENAZAH Allahyarham Md. Izuddin atau lebih dikenali sebagai Prof. Izzi disembahyangkan di Masjid Kamunting Jitra hari ini. - Gambar ISMAIL KAMADIN

KUBANG PASU 24 Jun - Pakar motivasi, Profesor Madya Md. Izuddin Ali atau Prof. Izzi meninggal dunia di Putra Medical Centre (PMC) Alor Setar hari ini.

Allahyarham Md. Izuddin, 52, disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 1.15 petang akibat strok.

Menurut isterinya, Roziah Shafie, 48, Allahyarham dikejarkan ke Hospital Jitra di sini pada 11 Jun lalu selepas rebah ketika berwirid selepas menunaikan solat asar berjemaah di Masjid Al-A'la di Tanah Merah di sini.

"Pada masa itu, bahagian badan sebelah kiri suami kejang dipercayai akibat serangan strok dan selepas disahkan strok, dia terus dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar," katanya di sini hari ini.

Katanya, keadaan suaminya menunjukkan perkembangan baik dan pihak hospital membenarkannya pulang ke rumah semalam namun dia minta ditangguhkan kerana belum membeli kelengkapan suami seperti kerusi roda.

Namun, pada malam tadi dia kelihatan gelisah dan mengadu pening dan muntah kira-kira pukul 8 pagi tadi.

"Dia kemudiannya dibawa ke PMC untuk membuat imbasan otak namun sebaik sahaja selesai proses itu, doktor memaklumkan degupan jantungnya sudah tiada dan disahkan meninggal dunia pada pukul 1.15 petang tadi," jelasnya.

Allahyarham popular dicorong-corong radio dengan taglinenya, Renung-renungkan dan Selamat Beramal sering menjadi sebutan peminatnya.

Sumber: arusakarumbi




0 comments:

Post a Comment