Ibu dan 4 anak gagal
rayuan padam ‘Islam’ pada MyKad | Seorang ibu dan empat anaknya gagal
dalam rayuan untuk membatalkan keputusan Jabatan Pendaftaran Negara
(JPN) yang menolak permohonan bagi menukar nama dan memadam perkataan
‘Islam’ dalam kad pengenalan masing-masing.
Panel tiga anggota
Mahkamah Rayuan diketuai hakim Datuk Mohd Zawawi Salleh memutuskan
keputusan JPN untuk tidak menukar nama dan agama dalam kad pengenalan
mereka adalah betul dari segi undang-undang memetik Bernama.
Keluarga itu, terdiri
daripada Jamilah Jan Vasanthegokelam, 55, anak lelaki perkahwinan
pertamanya, Mohd Sharif Abdullah, 35, dan tiga anak lelaki daripada
perkahwinan kedua iaitu Mohd Jeffrey a/l Mohd Baser, 32, Mohd Jass a/l
Mohd Baser, 28, dan Mohd Naser a/l Mohd Baser, 22.
Mohd Zawawi berkata
keputusan JPN tidak boleh dikategorikan sebagai degil, tidak munasabah,
tidak rasional dan menyalahi undang–undang sehingga mewajarkan campur
tangan Mahkamah Rayuan.
“Perayu mengenal pasti
diri mereka sebagai India Muslim dan menganut agama Islam,” katanya yang
bersidang bersama-sama hakim Datuk P Nalini dan Datuk Abdul Rahman
Sebli.
Mohd Zawawi berkata
hujahan pihak perayu bahawa agama itu adalah silap dinyatakan dalam
rekod rasmi tidak disokong dengan bukti jelas dan meyakinkan.
Panel sebulat suara
menolak rayuan mereka serta mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi pada
10 Februari lalu, yang menolak permohonan semakan kehakiman mereka bagi
mencabar keputusan JPN itu.
Dalam permohonan semakan
kehakiman, keluarga itu menamakan Ketua Pengarah JPN, Kementerian Dalam
Negeri dan kerajaan Malaysia sebagai responden.
Mahkamah itu turut
mengarahkan keluarga berkenaan membayar kos guaman sebanyak RM5,000 bagi
prosiding di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi.
Peguam Jamilah, Robin
Lim, memberitahu mahkamah suaminya yang kedua, Mohd Baser a/l Kalakan
membawanya ke JPN pada 1983 untuk menukar nama kepada Jamilah Jan
Vasanthegokelam.
Katanya, suaminya itu
memberitahu Jamilah Jan pertukaran namanya akan mengelak sebarang
komplikasi yang mungkin dihadapi pasangan itu apabila memohon sijil
kelahiran bagi anak kedua mereka kerana nama suaminya seperti nama
seorang Islam.
Bagaimanapun, Peguam
Kanan Persekutuan, Mazlifah Ayob, yang mewakili pihak responden, berkata
Jamilah memegang kad pengenalan dengan nama Islam selama kira-kira 30
tahun dan MyKad yang dikeluarkan kepadanya pada 2003 membawa nama
‘Islam’.
Menurutnya, rekod JPN
juga menunjukkan Mohd Baser yang sudah meninggal dunia, adalah
warganegara Malaysia menganut agama Islam, katanya.
Tuesday 28 June 2016
Filled Under:
KECOH......!! Ibu dan 4 anak BERANG dan Kecewa kerana gagal rayuan padam ‘Islam’ pada MyKad
Posted By:
Unknown
on 11:32:00
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment