Selepas tiga tahun dicemuh dan dihina ekoran sebuah gambar potrait yang
menunjukkan pasangan ‘suami isteri’ yang tampan dan cantik bersama tiga
orang anaknya yang dikatakan berwajah ‘buruk’ tersebar di media sosial,
akhirnya wanita tersebut tampil mempertahankan dirinya, baru-baru ini.
Model kelahiran Taiwan, Heidi Yeh, menerusi satu sidang akhbar di Teipei
pada Rabu melahirkan perasaan sedih berikutan penyebaran gambar
tersebut yang menyebabkan kehidupannya bertukar mimpi ngeri, selain
kurang mendapat tawaran kerja.
Memetik sebuah laporan portal antarabangsa, Yeh menyatakan beliau
sebelum ini menandatangani kontrak bersama sebuah agensi model serta
agensi iklan, J.Walter Thompson (JWT) untuk rakaman foto bagi sebuah
klinik kosmetik dimana menurut kontrak, gambar potrait tersebut hanya
akan digunakan dalam media cetak.
Bagaimanapun, gambar tersebut mula menjadi ‘viral’ apabila sebuah klinik
kosmetik lain mula menggunakan gambar potrait tersebut untuk iklan
kempen dalam talian.
Susulan itu kata Yeh, beliau yang sebelum ini berpotensi meraih
pendapatan lebih kurang 4 Juta NTD (RM512, 390) dalam bidang peragaan
terpaksa menanggung akibatnya apabila agensi bakat mula memulaunya.
Tambah menyedihkan, Yeh dituduh menipu untuk berkahwin dan didakwa melakukan pembedahan plastik untuk kelihatan cantik.
Terdahulu, sebuah akhbar Heilongjiang menyiarkan satu artikel yang
kononnya seorang lelaki sanggup memfailkan saman dan menceraikan
isterinya kerana melahirkan anak yang terlalu hodoh.
Kisah palsu itu nyata mandapat perhatian media antarabangsa yang rata-rata turut menyiarkan artikel berkenaan.
Sebagai membersihkan namanya, Yeh kini manyatakan bahawa beliau akan
memfailkan saman dengan menamakan agensi iklan berkenaan, JWT dan sebuah
klinik kosmetik dengan jumlah sebanyak 5 Juta NTD sebagai pampasan
kerana menyebabkan perkara itu berlaku.
Bagaimanapun, Simple Beauty iaitu klinik kosmetik yang menggunakan
gambar potraitnya untuk tujuan iklan kempen tampil mempertahankan
syarikatnya dengan menyatakan bahawa penggunaan gambar tersebut adalah
mengikut prosedur yang betul dan mendapat kebenaran daripada JWT.
Manakala JWT pula menyatakan bahawa pihaknya berhak sepenuhnya ke atas
gambar berkenaan dengan pemahaman bahawa gambar itu boleh diubahsuai
sepertimana merujuk pada satu klausa dalam kontrak yang ditandatangi
oleh Yeh.
Dalam kenyataan itu juga, JWT melalui badan peguam lantikan mereka akan
membatalkan saman itu atas sebab tuduhan yang dilemparkan oleh Yeh itu
tidak benar dan boleh menjejaskan imej syarikat JWT.
Sumber : mD
0 comments:
Post a Comment