1) Anda selalu akan bermimpi didatangi oleh lelaki. Lelaki
itu pula boleh jadi lelaki yang anda kenali dan boleh jadi anda tidak
kenal. Tetapi ada satu ciri atau persamaan terhadap lelaki yang datang
dalam mimpi anda, iaitu semuanya dalam rupa bentuk yang menarik atau
‘hensem’.
Dalam mimpi itu anda dan lelaki tersebut mungkin sekadar
berpandangan seperti kali pertama berkenalan atau bercinta. Dan boleh
juga dalam mimpi tersebut anda telah melakukan hubungan kelamin dengan
lelaki tersebut.
2) Jika jin jantan itu merupakan saka keturunan, maka anda
akan bermimpi didatangi lelaki sejak dari kecil lagi. Kebiasaannya kalau
melibatkan jin saka rawatannya sangat susah kerana ianya sangat degil
dan cintanya terhadap anda sangat mendalam.
3) Kadang-kala anda akan didatangi sesuatu yang seperti
makhluk ganjil, orang yang tidak dikenali dan boleh jadi rupa seperti
suami anda. Kedatangannya ketika anda berada dalam keadaan antara jaga
dan tidur, sedar dan tidak sedar. Ia mungkin hanya mendatangi anda, atau
menggangu dan boleh juga sampai tahap melakukan hubungan kelamin.
Kadang-kadang anda akan jadi seperti dipukau dan melakukannya secara
sukarela dan boleh juga anda dirogol.
4) Kadang-kadang anda akan terasa seperti ada sesuatu yang
bergerak di bahagian kemaluan anda hingga menyebabkan kemaluan anda
gatal atau menimbulkan perasaan berahi yang memuncak. Ini adalah antara
yang menjadi sebab utama wanita jenis ini suka melakukan hubungan seks
secara bebas, kerana tiba-tiba nafsunya memuncak.
5) Selalu atau kadang-kadang merasa sakit di bahagian kepala.
6) Anda akan menjadi mudah untuk jatuh cinta kepada
mana-mana lelaki walaupun anda telah bersuami. Kecenderungan anda untuk
berlaku curang adalah sangat tinggi. Anda juga mempunyai daya penarik
tersendiri terutamanya kalau lelaki yang memandang anda juga mengalami
gangguan jin.
7) Selalu atau kadang-kadang anda mengalami masalah untuk tidur dan pada sebelah siangnya anda berasa lemas.
8) Selalu atau kadang-kadang anda merasakan seperti ada
sesuatu yang aneh berjalan di dalam tubuh badan anda. Atau anda terasa
seperti sesuatu benda bergerak.
9) Selalu atau kadang-kadang anda merasakan seperti ada
semacam seorang lelaki yang memandang dan memerhatikan gerak-geri anda
dari sesuatu tempat.
10) Selalu berasa malas ketika ingin menunaikan solat.
Seperti adanya halangan dan kadang-kadang anda akan sengaja melewatkan
solat.
11) Tubuh badan anda akan selalu berasa lemas seolah-olah anda sangat letih tanpa sebab yang munasabah.
12) Kadang-kadang akan berlaku ketika anda dalam keadaan
tidur dan jaga datang seseorang yang menyerupai suami anda atau makhluk
aneh yang akan mengganggu atau cuba menyetubuhi anda.
Penting untuk diberikan perhatian bahawa kadang-kadang
keadaan di mana jin jantan mencintai seorang wanita itu apabila suaminya
ada jin di dalam badan samada kehadiran jin itu disebabkan suaminya
mempunyai saka keturunan atau mengamalkan ilmu yang salah atau memakai
tangkal.
Apabila wanita itu melakukan hubungan badan maka jin akan
turut serta menyutubuhinya. Lama-kelamaan jin itu akan menjadi ketagih
dan akan cuba menyetubuhi tanda dapat dikawal oleh tuannya. Inilah
keburukan menjadikan jin sebagai pendamping.
Sumber: jagatepikainmu
0 comments:
Post a Comment