Jika selama ini mungkin ramai beranggapan bahawa kesesakan lalulintas di
ibu kota Indonesia sebagai teruk, mungkin kisah berlaku di Kenya
baru-baru ini lebih dahsyat dan tidak dilaporkan begitu meluas.
Kesesakan jauh lebih parah itu hanya akan anda temui jika berada di
negara benua Afrika tersebut ekoran sistem prasarana tidak sepenuhnya
baik, malah barisan panjang kenderaan boleh capai puluhan kilometer
jarak jauhnya.
Menurut laporan stesen penyiaran antarabangsa BBC, kesesakan rutin
berkenaan sering terjadi di jalan utama menghubungkan antara bandar raya
pelabuhan terkenal, Mombasa ke ibu kotanya, Nairobi sejak sekian lama.
Di wilayah tersebut, jarak panjang kenderaan berbaris akibat kesesakan
trafik boleh mencapai 48 kilometer dan semua pemandu sama ada suka atau
tidak pasti akan terperangkap selama tiga hari sebelum tiba di
destinasi.
Situasi ini masih lagi dianggap biasa sahaja dan bukan pun pelik bagi
penduduk, namun keadaan menjadi lebih bertambah buruk apabila hujan
lebat dan jauh amat parah jika berlaku kes kemalangan waima bersifat
agak kecil.
Beberapa pemandu trak yang bosan menunggu terpaksa melintasi sisi kosong
di bahu jalan tetapi keadaan hujan turun sangat lebat membuatkan jalan
yang sebahagian masih berupa tanah merah, berubah jadi kubang lumpur.
Meskipun sudah dianggap sebagai sangat parah bagi mereka yang tidak
biasa mengalaminya, bagaimanapun kesesakan ini ternyata tidak seberapa
jika dibandingkan dengan apa yang pernah terjadi di China pada 2010
lalu.
Di negara ‘beruang panda’ itu, pernah berlaku kesesakan paling teruk
dalam rekod sejarah dunia apabila barisan panjang kenderaan mencapai
jarak 100 kilometer dan perjalanan mengambil masa selama 12 hari ke
Beijing.
0 comments:
Post a Comment