Kak Debek ada masa free ini. Rasa semangat pula nak review cerita ini, Sayangku Kapten Mukhris. Mostly ramai dah gila bayang dan berangan nak cari abang askar (saham naik bai!) sebab dah terpikat dengan kemanisan dan keindahan love story between Kapten Mukriz dan Dr. Ariana kan. (Cun tak Kapten Mukhriz?)
Masing-masing dah fikir nak lempar jala atau pukat sebab nak usha (merisik) abang askar untuk dibuat soulmate kan. Untuk adik-adik comel semua, meh sini saya nak explain sikit pada angpa (anda semua) yang masih tak tahu ‘keindahan’ sebenar rumahntangga seorang bini askar.
Dalam drama tu tak ada nya dia nak tunjukkan pada audiences semua macam mana teruknya life askar ini. Kapten Mukriz pun relax saja tak ada emergency scene nak kena handle. Yang part best saja depa (mereka) buat skrip.
Sword barrel tu memang win lah kan. Confirm ramai melting!
Hanye yang berhati waja saja boleh survive as a soldier wife tau. Bak kata orang putih: ‘The real woman is married a soldier’.
Anda sanggup ke lepas kahwin seminggu dah masuk duty macam biasa. Dahstandby nak pergi operasi la, kursus la.
Awal-awal dulu saya pun piawai bab ni. Anda keras hati tak nak biasakan diri pergi buat buku pink (pregnant) seorang diri. Check up perut sorang-sorang, drivepergi refer hospital sana, hospital sini tanpa dipimpin oleh suami.
Terkebil-kebil anda tengok husband orang lain duk urut leher wife dia muntah lah, loya lah, pening lah. Anda? Just bawa Vicks dan air mineral sebagai back up.
Dah sampai masa bersalin anda tak larat nak kemas baju, tapi tetap kena packingbarang sebab nak pergi hospital dan daftar nak warded sendiri sebab suami anda tak boleh balik lagi. Kena admit dulu baru dia boleh apply cuti bini nak beranak.
Itu kalau untung nasib suami kerja office. Apply cuti, then boleh balik. Kalau yang pergi misi keamanan di Lubnan setahun? Pergi bini pregnant, balik anak dah umur 4 bulan, 5 bulan. Bayangkan betapa tabahnya anda masa itu.
Kalau dalam operasi pula nun jauh di sempadan Sabah, Sarawak, sempadan Golok sempat ke sampai nak sambut baby? Tak macam orang lain suami dah 3 hari 3 malam prepare tunggu baby keluar.
Itu baru bab beranak dik oii. Tak masuk lagi bab anak sakit anda sorang-sorang handle jaga
yang sulung, jaga yang tengah dan lagi manis apabila anda sendiri pun
tak sihat waktu itu. Bawa anak ke klinik sendiri, siang ke malam ke sama
saja bagi anda. Sweet lagi tak?
Anda agak-agak boleh sabar tak situasi macam ini pula? Anda dan
anak-anak semua siap cun melecun nak keluar. Nak pergi keluar jalan atau
makan di luar, tetiba suami dapat call kene rangkom, ada kes atau on duty ke.
Suami anda pun terus siap-siap pakai uniform terus pergi kem. Anda dan anak yang dah masuk kereta tadi, kena kluar balik dan duk diam-diam dalam rumah. Faham tak?
Life anda memang manis kalau boleh handle all times itu, sebab dalam askar ada ikrar yang berbunyi:
Mengutamakan perlaksanaan tugas dengan jujur dan ikhlas
That’s mean tugas adalah nombor 1. Mak, ayah, bini, anak, famili bukan prioritynombor 1. Tak masuk lagi yang kenduri kendara, kematian sanak saudara yang anda tak boleh nak attend sebab suami tak dapat cuti.
Bab beraya pula, cuba anda bayangkan perasaan anda di pagi raya di mana
anda pakai sedondon dengan anak saja. Tengok orang lain sefamili ambil
gambar potret. Anda? Hanya tumpang-tumpang bergambar dengan keluarga
orang lain sebab abang askar anda tadi tu duty di pagi Raya.
Pakai baju celoreng duk di sempadan mengawal keamanan. Bohonglah kan
kalau air mata tak bergenang. Kalau nak cerita semua mahu 7 hari 7 malam
masih tak siap karang cerita ini. So, saya bagi yang basics saja ni.
Tak cerita lagi bab iron baju yang anda akan fail berjuta kali sebab nak rapikan baju dia tu bukan senang (saya memang fail bab iron baju, dari zaman kadet lagi). Nak hafal kod baju No.1 – No.10 lagi. Hahaha sweet sangat kan. Tapi saya memang suka bab-bab ni.
Ni semua cerita manisnya life askar based on my own experience. Sebab saya dulu pun sempat jadi askar. So saya tahu selok-belok life askar walaupon bukan 100% khatam. Tapi saya bukan bini Kapten Mukriz tau.
Saya cuma wife Kpl EL Yas saja.
Cume satu nak pesan, pergilah nak mengorat army ke navy ke airforce ke, tapimake sure bukan laki saya. Kalau tak anda akan rasa macam mana makan spikesaiz 6 (kecil saja saiz spike saya). #kataitukota
Ikhlas dari saya, LTM (B) Mazlina Muda 7519571
PS: anda boleh share dan tagged lah wife askar yang anda kenal K.
PS: anda boleh share dan tagged lah wife askar yang anda kenal K.
0 comments:
Post a Comment