Menangis
La Adira!! Ini Pengakuan Berani Mati Suaminya Selepas Kantoi Video
Dating Pegang tangan, rangkul pinggang Dengan Pelakon Ruhainies.
Suami kepada penyanyi Adira, Datuk Seri Adnan Abu, mengaku keluar
bersama aktres muda, Ruhainies, dan intim seperti dipaparkan dalam video
yang tersebar di laman sosial, semalam.
Adnan
berkata, walaupun sedar risiko bakal dihadapi, namun beliau cukup
senang dengan kehadiran Ruhainies, malah sedia menjadikan aktres itu
sebagai isteri ketiga jika ditakdirkan jodoh bersama.
"Saya
dan Ruhainies tidak ada apa-apa hubungan. Tetapi saya akui sukakan dia.
Apabila saya merangkul pinggang dan kami berpegangan tangan, saya
anggap dia juga mempunyai perasaan sama. Nak buat macam mana, tangan
saya seperti 'automatik' pula.
"Ini
namanya saya sendiri yang mencari 'bala'. Tetapi, saya berasakan kisah
ini seperti dalam cerita P Ramlee (Madu Tiga) versi zaman sekarang
pula," katanya kepada BH Online.
Adnan
berkata demikian bagi mengulas video yang disebarkan di laman sosial
membabitkan beliau dan Ruhainies. KELIBAT Datuk Seri Adnan Abu
dirakamkan di sebuah pusat membeli-belah semalam. -
Foto
Mstar Menerusi video berkenaan, mereka kelihatan mesra ketika berjalan
berdua di pusat beli-belah terkemuka di ibu kota, Pavilion.
Dalam
rakaman berkenaan, Adnan turut dilihat merangkul pinggang Ruhainies
ketika menaiki tangga bergerak selain kedua-duanya berpegangan tangan di
luar premis itu. Ditanya adakah Adira dan isteri pertamanya yang
dikenali sebagai Datin Red menyedari mengenai perkara itu, kata Adnan,
hanya isteri pertamanya yang belum
mengetahuinya.
"Saya seorang yang jujur dan akan meminta izin kepada isteri-isteri
jika mahu berkahwin lagi. Lagipun bukannya saya buat perkara yang tidak
elok.
"Cuma
dalam hal ini, Adira sudah mengetahui tentang hal ini kerana beberapa
wartawan sudah menghubunginya. Cuma Datin Red yang belum tahu. Risau
juga apa reaksinya," ujar Adnan.
Sementara
itu, Ruhainies menerusi sebuah portal tempatan menyatakan beliau
diperangkap oleh Adnan dan video yang disebarkan itu dianggap sebagai
taktik lelaki terbabit mengenakannya. Terdahulu, Adnan dan Ruhainies
pernah bekerjasama bagi menjayakan sebuah video promosi raya untuk
syarikat beliau.
Adnan
yang juga ahli perniagaan menjadikan penyanyi itu sebagai isteri kedua
pada 3 Disember 2015 di Songkhla, Thailand. Isu Adnan dan Adira
berkahwin turut mendapat kejutan ramai kerana ia dilangsungkan secara
rahsia dan agak tergesa-gesa.
Sunday 24 July 2016
Filled Under:
Menangis La Adira!! Ini Pengakuan Berani Mati Suaminya Selepas Kantoi Video Dating Pegang tangan, rangkul pinggang Dengan Pelakon Ruhainies.
Posted By:
Unknown
on 03:29:00
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment