Dek kerana poligami dibenarkan dalam Islam, ramai suami mengambil kesempatan untuk menggunakan ayat “nak kahwin dua” sebagai gurauan untuk menyakat isteri. Walaupun sekadar gurauan, kata-kata tersebut boleh menghiris perasaan para isteri dan membuatkan mereka kecil hati.
Setelah membaca cerita yang dikongsikan oleh Ustaz Khailil ini, pasti para suami akan fikir dua kali sebelum menggunakan gurauan “nak kahwin lagi” kepada isteri. Besarnya pengorbanan seorang wanita bernama ibu dan isteri, ayuh ambil iktibar dan muhasabah diri!
“Apa-Apa Berlaku Kejap Lagi, Biar Anak Selamat”
(Sekadar Gambar Hiasan)
Tercengang dengar luahan dan penyesalan sahabat saya ustaz Mohamed Iqbal Alivi tentang gurau bab poligami dengan isteri.. Baru-baru ni beliau baru je dapat cahaya mata.. Comel anak dia..Lepas habis program di pasir gudang lepas solat semua ajak ustaz iqbal makan di asam pedas power johor dan kami bersembang..
Dia kata “Lil.. Lain kan dah ada anak ngan tak ada anak lagi.. Allahu.. Lil.. Aku bersama ngan isteri aku dalam bilik bersalin 8 jam nak tunggu baby keluar.. Isteri aku kata.. “Abg apa-apa berlaku jap lagi.. Biar anak selamat.. Apa-apa berlaku pada saya takpe..” Aku nangis lil.. Ak tengok dri mula sampai akhir bini ak bersalin.. Aku rasa yaAllah payahnya laa.. Aku terus teringat kat mak aku lil.. Aku lahir dulu besar 4kg lebih.. Lagi teruk mak aku lahirkan ak dulu…” Huhuk..
Selalu Bergurau Nak Kahwin Dua!
“Masa kami berdua je.. Aku selalu bergurau dengan isteri ak nak kawin dua.. Biar awak senang sikit.. Saya kawin dua awak ada kawan… Masa tu orang umah aku marah.. Ngajuk.. Aku tak faham.. Lepas ak tengok dia bersalin aku dah x nak sebut benda2 kawin dua ni lil.. Kesian kat bini ak…”
Allahu.. Saya terfikir.. ramainya suami2 hari ni jadikan itu sebut nak kawin dua.. Nak kawin sorang lagi jadi bahan gurauan.. Tapi langsung tak tahu.. Sebenarnya walaupun nampak bergurau tapi sangat beri kesan pada hati seorang wanita.. Nampak macam xde pape.. Dia cubit kita.. Ngajuk.. Tapi dia akan ingat sampai bila2 gurauan kita tu… Kadang2 benda2 gurau2 benda2 macam ni buatkan isteri kita hilang respect pada kita.. Sebab buat benda2 macam ni gurauan.. Hati wanita sangat lembut dan cepat terasa..
Saya kalau timbul perbincangan tentang kawin dua dan sebagainya depan saya dan isteri saya terus kata “saya takde masa nak fikir pasal ni… Kerja saya banyak.. Isteri saya ni cukup sempurna bagi saya..”
Banyakkan Puji Isteri Lepas Bersalin…
Saya nak ajak suami2 kawan2 saya.. Walaupun poligami dibenarkan syara’ tapi jangan jadikan soal itu sebagai gurau .. Kita bergurau la lepas ni ngan isteri kita perkara lain.. Main angkat-angkat dia ke.. Main lari-lari ke.. Main nyorok-nyorok ke.. Yg buat dia boleh happy ngan kita.. Jangan sesekali kita jdikan poligami bahan gurauan depan isteri dan anak2 kita.. Kita jaga perasaan orang umah kita macamana kita nak isteri kita jaga perasaan kita.. YaAllah.. Maafkan saya.. Maafkan kami semua.. Kami tak perasan perkara2 kecil ni…
Sya pernah dengar.. Bila isteri lepas bersalin.. Kita kena banyak puji isteri kita.. Cakap.. Awak kuat sangat.. Awak banyak tolong sy.. Terima kasih.. Saya dapat rasakan yg awak kuat berdoa dengan Allah untuk saya dan cereer saya.. Sekali sekala.. Puji isteri kita depan mak ayah dia.. Mak ayah dia pun suka.. Isteri kita pun suka,. Tapi malangnya hari ni.. Kita sebagai suami jarang sngat.. Berat sangat mulut nak puji isteri kita yg bnyak korban untuk kita.. Bukankah dia pernah lahirkan zuriat kita.. Dia yg tanggung perit semua? YaAllah.. Maafkan kami.. Kami x pndai jadi suami yg terbaik..
Motivator Ummat,
Ustaz Khailil Razak
Share di wall anda agar suami, menantu, dan tunang kita dapat baca insyaAllah..
Sumber: Khailil Razak
0 comments:
Post a Comment