TOLONGLAH
Berhenti Beli MAKANAN Ini..Akibatnya Memang MENGERIKAN. Ini Penting
Jika Anda SAYANGKAN Keluarga Anda..Ambil Perhatian Rakyat MALAYSIA
Memang Suka Makanan Ini.PLEASE STOP NOW
a.
Membelek rak-rak makanan di pasar raya memang mengasyikkan. Terdapat
ratusan jenis makanan yang kelihatan cukup sedap, dibungkus dan dipek
dalam cara yang menggoda dan mempengaruhi minda anda untuk membelinya.
Ramai
yang menganggap makanan yang diproses adalah burger dan kentang goreng
yang dihidang di restoran makanan segera. Tetapi tahukah anda, setiap
makanan yang terdapat dalam kabinet dapur anda merupakan makanan yang
diproses?
Jadi persoalannya, apakah sebenarnya maksud makanan yang diproses?
Makanan
yang diproses ialah apa saja makanan yang dikotakkan, diletak dalam
bungkusan plastik, tin atau baling kaca dan mempunyai senarai
bahan-bahan yang dicampurkan. Kaedah yang digunakan termasuklah
mengetin, menyejuk beku, penyejukan, dehidrasi dan proses aseptik.
Makanan
yang diproses diubah daripada bentuk semula jadi atas alasan
keselamatan dan mudah untuk menggunakannya. Atas sebab itu, hampir 90
peratus wang yang diperuntukkan untuk perbelanjaan makanan oleh rakyat
Amerika Syarikat ialah untuk membeli makanan yang diproses.
Persoalannya, mengapakah kita perlu memproses makanan?
Sebab
yang paling utama ialah untuk memudahkan pengguna. Adalah lebih senang
untuk menyediakan kek dengan membuka kotak tepung membuat kek, campurkan
telur dan tuangkan sedikit minyak berbanding memulakannya daripada
sifar. Dengan hanya menuangkan air panas dalam semangkuk mi segera,
makan tengahari anda mampu disiapkan dalam hanya beberapa minit.
Namun
memudahkan penyediaan bukanlah satu-satunya nikmat yang anda perolehi.
Terdapat banyak bahan lain yang dicampurkan oleh pihak pengeluar.
Antaranya ialah:
· Pewarna – memberikan warna kilauan neon pada soda oren.
· Penstabil – kuah yang dimakan kurang berair
· Peluntur – menyahjangkitan bakteria.
· Pengemulsi – siapa kata air dan minyak tidak boleh bercampur?
· Melembutkan – dikisar sehingga menjadi lembut seperti aiskrim.
· Pengawet- membolehkan anda menikmati cup cake dalam tempoh 6 bulan.
· Pemanis – gula manis, tetapi saccharin dan aspartame lebih manis.
· Perisa – memberikan rasa seperti buah strawberi.
Masalahnya,
kebanyakan makanan yang diproses mengandungi bahan yang menyerupai
setin tong cat. Ia tidak semudah seperti mencampurkan sedikit jus lemon
dalam adunan skon. Cuba anda perhatikan senarai bahan berikut bermula
daripada perisa strawberi dalam susu kocak di restoran makanan segera:
[Amil
asetat, amil butirat, amil valerate, anetol, anisil format, benzil
asetat, benzil isobutirat, asid butirik, cinnamil isobutirat,
cinnamylvalerate, diasetil, dipropil keton, etil butirat, etil
heptanoat, etil laktat, etil metilfenilglisidat, etil Nitrat, etil
propionate, etil valerbate, heliotropin, a-ionone, isobutyl
anthranilate, isobutyl butrate, minyak pati lemon, metil anthranilat,
metil benzoate, metil silsilat, minyak pati pudina dan pelarut].
Adakah
ini yang dikatakan sedap? Namun percayalah, ini hanya sebahagian.
Terdapat hampir 6,000 bahan kimia yang digunakan dalam makanan yang
diproses. Tetapi kajian oleh Universiti UCLA ke atas kehidupan harian 32
keluarga termasuklah rutin makan malam selama 3 tahun mendapati
walaupun 70 peratus keluarga memasak dan makan di rumah, namun
kebanyakannya menggunakan makanan yang diproses.
Penyakit Akibat Makanan Diproses
Kanser –
Sesetengah bahan kimia sintetik yang digunakan bersifat karsinogen.
Kajian selama tujuh tahun oleh penyelidik Universiti Hawaii ke atas 200,
000 responden mendapati individu yang kerap makan daging yang diproses
(hot dog dan bologna) berisiko diserang kanser pankreas sehingga 67
peratus.
Obesiti –
Makanan yang diproses biasanya tinggi gula, lemak dan garam, serta
kurang nutrien dan serat. Menurut pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO),
makanan yang diproses adalah punca peningkatan masalah obesiti dan
penyakit kronik di seluruh dunia.
Penyakit Jantung –
Kebanyakan makanan yang diproses mengandungi asid lemak trans (TFA),
salah satu bentuk lemak paling bahaya. Ini kerana ia meningkatkan paras
LDL (lemak buruk) dan menyingkirkan HDL (lemak baik) daripada tubuh.
Bukan itu saja, kajian terbaru yang diterbitkan dalam jurnal Persatuan
Perubatan Amerika Syarikat mendapati gula yang terkandung dalam makanan
dan minuman yang diproses turut meninggikan risiko penyakit jantung.
Sumber:
Majalah iSIHAT
0 comments:
Post a Comment