Dulu, aku kuat main game
especially Dota. Lepas itu, acah-acah nak kapel dengan awek gamer juga.
Tetapi hidup berkurung dalam bilik, makan maggie, menganggur pula sampai
berbulan-bulan lamanya. Mak pun dah mula bising.
Selepas itu, aku nekad mahu
berubah, tinggalkan duniawi (game je pun haha!) cari kerja, ubah life
style, tak berkurung sangat dan berdoa juga agar mendapat isteri kaki
gamer (kononnya!). Aku suruh mak berdoa juga. Haha!
Dapat kerja, aku bagi duit
sikit pada mak, ayah dan adik beradik dan buatlah apa yang patut kan.
Walaupun ia mengambil masa dalam dua tahun untuk berubah.
Dipendekkan cerita, mak
berkenan dengan seorang perempuan ini. Aku pun berkenalan dalam WhatsApp
dan Facebook saja. Comel dan lawalah juga orangnya. Dia nampak normal,
tetapi bagi aku, macam jenis bosan sikit, tak banyak bercakap, cakap pun
sepi-sepi. Entah apa kena dengan perempuan ini.
Dipendekkan lagi cerita, kami pun berkahwin sebab masing-masing sudah boleh menerima diri masing-masing. (Menipu sangat!)
Selepas berkahwin, hish!
Seganlah. Dia lagi segan kot? Asyik lari masuk bilik dia saja. Lepas
itu, malam-malam, masing-masing buat kerja dalam bilik. Aku tak tahu dia
buat apa tetapi aku dok berdota dalam bilik. Bosan kot kalau dah isteri
pun mengurung dirinya dalam bilik?
Aku pula jenis bengap tak reti berkata-kata, sampailah satu ketika ada masa aku main Dota di depan TV.
"Eh? Abang main Dota ke? Nickname abang ####$$$ ek?" tegurnya.
Aku terkejut! Dia kata dia main
game Dota juga. Rupanya malam kelmarin kami satu party kot main sama.
Hahaha! Tak pernah aku sangka orang rumah aku main Dota gak, satu party
pula tu. Rupa-rupanya dia mengurung diri dalam bilik main game juga
rupanya. Ceh! Aku ingatkan dia segan dengan aku bagai. Patutlah
kadang-kadang terdengar ada jeritan "Noob!!!" di rumah.
Apa-apa pun selepas itu, kami
sangat kamcing. Dia pun gamer juga rupanya dan kami pun mula rapat dan
banyak topik nak dibualkan. Serius rasa heaven. Hahaha! Saya pun apa
lagi, try la nak dapat rampage setiap game, dia punya happy perghh!
"Abang ni Pro la..."
She is the best supporter.
Haha! Apa-apa pun terima kasihlah pada mak yang mendoakan saya. Doa saya
yang bertahun-tahun lepas itu pun Allah makbulkan. Ubah diri kita dulu,
barulah perkara yang kita nak itu, datang dok? Haha"
0 comments:
Post a Comment