Hari ini hari terakhir kita berpuasa, setan-setan pun akan dibebas semula untuk memulakan kembali aktiviti harian dorang seperti biasa selepas sebulan dirantai.. Betul tak?? Walaupun bulan Ramadhan tak ada setan mengganggu, tapi masih ada ‘setan jadian’ berleluasa di luar sana sibuk menjalankan ‘tugas’ harian dorang..
Macam dua mangkuk ayun kat atas tu, bulan mulia ni sepatutnya bertungkus lumus meningkatkan ibadat tapi dorang bertungkus lumus mengumpul dosa dengan melakukan kegiatan tak bermoral.. Selamba jer berdua-dua dalam rumah tanpa sebarang ikatan hubungan yang sah..
Tak boleh blah tu, bangga dengan perbuatan tak senonoh dorang lakukan.. Korang baca mamat sengal punya status yang dimuat naik di laman sosial WeChatnya di atas tu, berbulu jer mata ni baca.. Rasa macam nak hentak kepala kedua-duanya kat lantai sampai pecah!
Bagi dia, lelaki dan perempuan berdua-duan dalam rumah tanpa sebarang ikatan sah ni tak salah kerana tak semestinya dorang melakukan aksi terlampau pun.. Just takat nak bermesra-mesraan biasa-biasa jer.. Senang cerita, aksi ‘ringan-ringan’ jer untuk mengeratkan lagi hubungan dorang.. Bengong betoiii!
Inilah jadinya, masa kelas agama selalu tidur jer.. Lepas tu otak kosong jer pasal hukum hakam, halal dan haram pun dah tak tahu! Memang berdosa dan kira melakukan maksiat lah bila lelaki dan perempuan yang tak ada hubungan sah duduk berdua-duaan dalam rumah..
Kemaruk sangat nak bermanja-manja bersama pasangan tu, halalkan jer lah hubungan tu.. Kan lebih manis dan dapat keberkatan, betul tak?? Tunjuk lah dia seorang lelaki yang bertanggungjawab dan boleh membimbing seorang wanita tu, tapi kalau takat nak main-main tu..
Miss nasihatkan lebih baik hentikan lah perangai buruk tu, nanti ‘makan’ diri balik jer.. Jangan dok binasakan diri dengan mengumpul dosa menggunung.. Takut tak terpikul jer nanti yer! MissHana/Utaranews.com
0 comments:
Post a Comment