Kewujudan parasit di dalam tubuh badan manusia bukanlah suatu perkara
yang baru. Haiwan-haiwan parasit ini akan tinggal di dalam tubuh badan
manusia untuk jangka masa yang panjang sebelum ianya dalam dikesan
dengan menggunakan teknologi perubatan.
Dari puluhan parasit yang dapat merugikan kita, beberapa jenis parasit
dapat hidup dan berkembang biak di atas kulit, bahkan ada yang mampu
masuk ke dalam kulit tubuh kita. Parasit ini berukuran sangat kecil dan
dengan bentuk yang aneh/menyeramkan yang menempel atau bahkan masuk ke
kulit kita.
Oleh sebab makhluk ini mampu menembus lapisan kulit manusia, jenis
parasit ini dilihat lebih mengerikan dan lebih besar daripada parasit
yang lain. Bahkan sekiranya tidak mendapatkan rawatan pada peringkat
awal, kemunculan parasit ini mampu menyebabkan anggota tubuh badan yang
dijangkiti itu perlu dipotong atau ianya juga boleh menyebabkan
kematian.
0 comments:
Post a Comment