Epidural (wanita yang mengalami lumpuh selepas bersalin. Ambil iktibar)
Saya akan terangkan bagaimana simtom-simtom nak lumpuh sebelum saya lumpuh sepenuhnya.
Selepas
saya bersalin, saya start tak boleh angkat kaki, saya mandi wiladah,
husband saya yang mandikan. Saya tanya husband, kenapa pinggang and kaki
sangat sakit mcm urat tegang, husband kata, itu sebab epidural tadi
agaknya.,,
Saya
p0n diam. Lepas tu saya tanya husband, nurse tadi induce saya guna
dripkan ? husband kata ya. Abes yang cucuk ubat kat punggung tu ape ?
Husband cakap ubat tahan sakit. Then tulang belakang lak? Itu epidural.
Ok saya diam sebab masa sakit bersalin saya mengantuk dan memang tak
ingat apa-apa cuma sakit je saya tau….
Dalam
hati saya cakap, Epidural cucuk sakit ke ? sebab saya sedar masa cucuk
Epidural, memang sakitttt. Tapi doc semua peluk saya suruh tahan kejap.
doc perempuan siap cium dahi saya supaya sabar. Allah…masa tu rasa macam
bertuahnya saya. layanan mereka semua baik-baik sangat dan tiada
seorang lelaki pun yang sentuh or tengok saya di dalam labour r0om
kecuali husband saya and doc bius Epidural….
Esok
dan sehingga pantang hari ke 3, saya terasa belakang saya sakit
sangat-sangat dan tempat cucuk tu bengkak, menjadi warna biru. Selama
pantang saya tuam ngan ais supaya tak sakit. Pantang hari 40, saya dah
tak boleh jalan.
Kaki
saya tak rasa, saya menangis-nangis kat bahu husband, saya buang air
besar buang air kecil pun tak rasa. Terpaksa pakai pampers. Es0knya saya
pergi Hospital Columbia Nusajaya, saya jumpa pakar, terus buat MRI dan
hasil result tu memang menakutkan! Saraf tunjang saya 80% rosak. Kaki
saya lumpuh sepenuhnya.
Doc
pakar call hospital yang saya bersalin, dan dari situ barulah saya tahu
saya dicucuk Epidural oleh doc pelatih. Husband saya pula bagtau, doc
tersebut hanya explain, TIADA KESAN SAMPINGAN, kecuali sakit kepala. ITU
SAHAJA….
Memandangkan
waktu tu saya dah sakit, saya cuma istighfar agar semua selamat. Belum
sejam guna Epidural saya dah rasa nak meneran. Bayangkan, nak bersalin,
baby nak keluar saya rasa semua tu. masa nak jahit saya sampai gigit
baju, sakit! walhal setiap 10 minit saya tekan button Epidural untuk
hilang rasa kene jahit hidup-hidup….
Kemudian,
Doc pakar C0lumbia sedia membantu saya untuk urusan saman hospital
terbabit. Walaupun saya dah sign surat untuk Epidural, saya tetap boleh
saman kerana tanggungjawab cucuk Epidural adalah doctor bukan saya cucuk
sendiri….
Sekarang
saya dah 2 bulan lebih, dah sebulan jugak duduk atas kosi r0da.
Alhamdulillah anak saya tidak kuat meragam. Suami pun sentiasa support
dan menyayangi saya. Semua orang jumpa saya peluk dan mintak saya kuat….
Saya
sekarang jalani fisioterapi di Hospital Columbia. Alhamdulillah jari
kaki saya boleh dah angkat sikit-sikit. Doa kan saya cepat sembuh. Saya
terharu ramai yang komen and Like status saya. Terima kasih semuaaa…
Moga Allah bantu balas jasa anda. Ameen….
0 comments:
Post a Comment