Ya Allah, aku ingatkan dia seorang gelandangan KL, tetapi sangkaanku meleset !
Seluar lusuh, berjambang, butang baju dada terbuka dan berselipar sudah
cukup menggambarkan dia seperti seorang jalanan yang kurang akal. Jumpa
pula di stesen KTM kuala lumpur, sah dia gelandangan!
Sedang aku masuk gate KTM dia berenti berjalan dan tegur aku dengan
bahasa inggeris fasih sekali. Cuak aku ingat seorang gila yang menegur.
Selepas pandang betul-betul wajah beliau, masya-Allah Dr. Saiful
Ad-Daulah. Pensyarah Ijazul Quraan Fakulti Quraan dan sunnah. Beliau
yang ingin ke Port Klang mengambil bagasi untuk dibawa pulang ke
Khartoum. Aku mencium tangan beliau depan orang ramai hingga semua
kaget, ya, semua menganggap beliau seorang india gila. Padahal di dalam
dada beliau penuh ilmu usul quraan dan hadis. Tanya sahaja makna pada
perkataan-perkataan hadis, beliau akan menerangkan dengan cukup
terperinci.
Pensyarah yang tidak punya kenderaan kecuali kedua kakinya. Aku
bertanya, kenapa beliau berpakaian begini apabila keluar? Beliau
berkata, aku hanya berpakaian kemas di hadapan pelajar dan universiti,
diluar universiti, aku manusia biasa. Semua mata tertumpu pada kami
hingga bikin beliau malu. Masakan tidak, orang menyangka seorang india
gelandangan sedang fasih berbahasa arab. Beliau sempat menghuraikan
kepadaku beberapa hadis dan athar sahabat dengan penuh ilmu sambil aku
membiarkan tren aku berlalu begitu sahaja kerana aku takut tidak punya
emas seperti itu lagi bersama beliau.
Beliau langsung tidak memandang ke arah perempuan malah jalannya
sentiasa menunduk. Jika pelajar yang rajin ke Surau Anggerik, beliau
adalah jemaah tetap harian di situ. Beliau kata, Aku tak pernah menaiki
kenderaan ke surau malah aku ingin sentiasa berjemaah d isana tetapi
apakan daya zohor dan asar memaksa aku berjemaah di surau fakulti.
Masya-Allah, tak tinggal solat jemaah.
Beliau memberitahu bahawa kontrak beliau dengan USIM sudah tamat dan
akan pulang ke Khartoum selepas mengambil bagasi di port klang. Hilang
seorang alim mutiara ilmu di USIM.
Ditulis Oleh Amir Zuhair
Sumber: datangbulanke
0 comments:
Post a Comment