Friday, 8 July 2016

Filled Under:

Kisah Pengakhiran Hidup Nixau, Pelakon “The God Must be Crazy” Yang Menyedihkan

Jika anda hidup di zaman 80an atau 90an, anda pasti kenal wajah Nixau (Nixau), pelakon filem “The God Must be Crazy” ini. Sehingga kini, generasi muda masih boleh menonton filem lakonannya dan mungkin sahaja syarikat televisyen masih memainkan filem komedi yang boleh dikatakan ‘evergreen’ ini.
Filem yang diterbitkan pada tahun 1980 ini sangat terkenal sehingga seluruh dunia pernah menontonnya. Menurut sumber, filem yang terkenal di seluruh dunia ini berjaya mengutip sebanyak USD $100 juta. Oleh kerana keberjayaannya, wujud sekuel luar negaranya yang bertajuk, “The God Must be Funny in China” pada tahun 1994. Oleh kerana suksesnya filem ini, pasti anda semua menyangka pelakon utamanya, N!xau hidup senang dan berharta.
Sayangnya, sangkaan itu meleset. Pelakon lelaki bernama Nixau yang berasal dari Namibia tidak hidup senang dan kaya seperti yang kita semua sangkakan. Pada kemunculan pertamanya dan filem pertama, dia hanya dibayar sebanyak USD $300 sahaja.
Menurut adat masyarakat Afrika, dia perlu membelanjakan ‘kekayaannya’ yang tak seberapa itu untuk seluruh keluarganya yang besar. Oleh itu, dia terpaksa membelanjakan wang hasil dari lakonannya itu untuk keluarganya seperti membuat rumah, membeli tanah, kereta dan sawah.
Selain memiliki keluarga yang besar, Nixau juga memiliki 3 orang isteri dan 12 orang anak. Oleh itu, dia harus berkerja keras mengelilingi dunia ke negara seperti Amerika Syarikat, Perancis, China dan Jepun untuk shooting filem. Namun, selepas filem terakhirnya yang bertajuk “Sekai Ururun Taizaiki” yang diterbitkan pada 1996, lelaki yang lahir pada tahun 1943 ini memutuskan untuk bersara dari dunia hiburan.
Menurut BBC, masa tuanya dihabiskan di rumahnya dengan berkerja di ladang dan mengumpul kayu untuk meneruskan hidup. Namun, pada tahun 2003, keluarganya dikejutkan dengan penemuan mayatnya di ladang mereka sendiri. Punca kematiannya masih belum dikenalpasti. Nixau meninggal pada usia 59 tahun.




0 comments:

Post a Comment