Buka Puasa Akhir Ramadan. Suami Bawa Balik Bakal MADU Berbuka Sekali Bersama Isteri !!! | Hello
semua, selamat hari raya. Aku nak share kisah abang aku dan kakak ipar
aku. Bukan nak masuk campur hal rumah tangga mereka, sekadar nak
berkongsi kisah mereka sahaja.
Abang Paih, 26 dan kakak ipar Yaya, 22, baru setahun berkahwin bukan
atas dasar cinta, kerana pilihan mak aku dan sebab-sebab tertentu. Yaya,
student degree di USM, Paih pula baru dua tiga tahun bekerja. Yaya ini,
anak tunggal dan yatim piatu. Ibua bapanya meninggal empat bulan yang
lalu kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya.
Paih ini alim-alim sikit, kiranya geng-geng masjid. Muka boleh tahan
handsome, Yaya pula tidaklah se’alim Paih, hanya perempuan biasa, pakai
tudung biasa, tak labuh pun. Tetapi Yaya ini manja, putih, gebu, muka
manis.
Dalam keluarga aku, Paih seorang saja yang sudah berkahwin. Kakak-kakak
aku masih bujang. Paih satu-satunya anak lelaki. Ayah kami meninggal
enam tahun yang lalu. Dalam rumah, semua perempuan.
Paih jenis yang tidak membantah, dia ikut saj cakap mak. Mak suruh
kahwin, dia kahwin. Aku mula-mula ingatkan Paih betul-betul menerima
Yaya. Tetapi Paih tak ambil tahu langsung tentang Yaya. Selepas nikah,
Paih terus keluar jumpa member. Kenduri pun, kawan-kawan Paih tak
datang. Mungkin tidak dijemput. Seingat aku, Paih tak pernah tidur dalam
bilik kalau Yaya ada di rumah. Selalunya Paih akan tengok televisyen
sampai terlena.
Baru-baru ini, minggu kedua bulan puasa, Yaya sekarang tengah cuti sem.
Yaya kalau cuti akan balik ke rumah kami. Malam itu dalam jam 10 malam,
Paih balik rumah dan ternampak Yaya. Sebagai isteri, Yaya menghulurkan
tangan mahu bersalam dengannya, tetapi Paih langsung tidak menyambut
salam Yaya. Dia buat tak tahu sahaja dan beredar ke dapur.
Masa kami sedang melayan cerita di televisyen, Paih datang depan dan
sound Yaya sebab tak jaga aurat. Gara-gara Yaya memakai baju putih
jarang dan tak cukup kain katanya, dan tak pakai tudung.
Kami pada masa itu rasa bengang habis. Kakak aku, Kak Mila, 29, terus sound Paih, back up Yaya.
“Bodoh apa Paih ini? Itu kan isteri kau! Aurat tang mana? Kejadah apanya
nak pakai tudung dalam rumah? Lagi pun rumah ini tak ada lelaki lain.
Hanya Paih satu-satunya lelaki dalam keluarga ini,” kata Mila.
Kalau ikutkan, kakak nombor 2, Kak Fatin, 27, lagi seksi. Mungkin Paih
sengaja mencari pasal dengan Yaya. Tetapi Yaya diamkan diri saja. Tak
adap pula nak melawan atau marah-marah. Dia buat tak tahu saja sambil
makan kudapan. Yaya pun tahu yang Paih memang tidak berkenan dengan dia.
Ada saja yang tak kena dirinya di mata Paih.
Keesokannya, Yaya bersiap, pakai pakaian cantik siap tudung berbelit
lagi, macam nak keluar. Mak tanya Yaya nak pergi mana. Yaya cakap tak ke
mana, saja nak melawa di rumah. Padahal kami boleh agak yang Yaya
sebenarnya sentap dengan Paih malam tadi.
Sejak dari itu, Yaya memang pakai baju menutup aurat, tak pakai t-shirt
lengan pendek, siap pakai tudung dalam rumah. Kami pula yang terasa
rimas. Kak Mila selalu kata, “Buka sajalah tudung tu, bukannya ada
seiapa pun,”. Tetapi Yaya kata tak apa.
Paih memang selalu cari pasal dengan Yaya, selalu sangat dia menyakitkan
hati Yaya. Aku tidak pasti sama ada Yaya ini jenis penyabar atau memang
jenis tak peduli kalau Paih condemn dia. Yaya rileks saja, tiada pula
nak melenting atau tawar hati ke apa. Entahlah.
Ada satu hari, awal pagi, Paih beritahu mak yang ada kawannya mahu
berbuka di rumah. Mak setuju saja. Hari itu, kami pun masaklah lebih
sikit. Dekat jam 6.30 petang, Paih balik ke rumah dengan ‘kawannya’.
Kami ingatkan lelaki, rupanya kawan perempuan. Tudung labuh, berpurdah,
satu universiti dengan Paih dulu. Kalau sekali tengok, memang
secocoklah.
Kak Mila dengan Kak Fatin pergi ke dapur, tengok-tengokkan Yaya. Muka
Yaya cool gila, rileks seperti biasa. Tetapi dalam hati dia, siapa yang
tahu? Mak pula dah buat muka tak berapa nak mesra. Tetapi kami sembang
saja dengan kawan abang itu. Atikah namanya, berusia 24 tahun dan sebaya
dengan aku.
Kira dalam keluarga aku, Yaya paling muda. Yaya ini kalau dengan mak
memang manja, lebih manja dari kami adik beradik. Yaya ini jenis yang
tunjukkan kasih sayang. Yaya tak segan nak peluk mak, cakap I love you
pada mak, cium pipi. Kami adik beradik pun tak manja macam Yaya, mungkin
sebab Yaya anak tunggal agaknya. Kami segan sikit tapi kami sayang mak
gila-gila.
Selepas berbuka, kami solat siap-siap. Paih jadi Imam. Selepas itu kami
pun bersembang-sembang, duduk depan televisyen. Yaya pun bersembang
dengan Atikah. Kak Fatin memang dah bagi hint macam nak suruh Atikah ini
balik. Dok bertanya pukul berapa Paih nak hantar dia balik apa semua.
Selepas hantar Atikah balik, Paih duduk sekali dengan kami dan tanya
pendapat mak tentang Atikah. Mak cakap okay saja dengan nada yang malas
nak melayan. Sebab kalau boleh, mak tak nak bercakap tentang hal itu di
depan Yaya. Tetapi Paih ini bodoh dan pentingkan diri.
“Lepas raya ini kita hantar rombongan meminang ye mak?” katanya.
Mak terus terdiam.
“Kau ni memang tak pandai jaga hati orang lain ke apa?!” Kak Fatin terus sound direct.
“Rileks, kalau tak nak pinangkan tak apa. Tak payah melenting,” katanya terus keluar dari rumah.
Yaya cakap dia mengantuk dan terus masuk bilik. Mak pun terus masuk
bilik. Kak Fatin dan aku masuk ke bilik Kak Mila. Kami cerita pada Kak
Mila, Kak Mila kata dia dah agak dah yang Atikah itu ada hubungan dengan
Paih.
“Geram dengan Paih ni. Alim tapi takkan tak tahu adab-adab rumah tanga?” kata Kak Mila.
Kami bersembang sampai jam 3 pagi. Dengar kereta Paih masuk parking,
dalam 10 minit kemudian, dengar Paih panggil mak. Mak pun bangun. Kami
pun pergi dekat pada Mak. Mak masuk bilik Paih, tengok Yaya tengah
mengigau ke apa, aku tak pasti. Tetapi dalam tidur dia menangis, mulut
dia memanggil ibunya.
“Mama mana? Mama mana? Nak mama,” katanya.
Mak cuba kejutkan Yaya, tetapi Yaya tak bangun-bangun. Paih masih ego dan kata Yaya berpura-pura menagih simpatinya. Entahlah.
Paih ini bengong agaknya. Mak kata Yaya demam, mak marah Paih di depan kami. Apa yang kami dengar,
“Mak, Paih tak pernah sentuh Yaya. Yaya masih dara lagi. Yaya tak rugi apa pun. Paih rasa Paih tak sesuai dengan Yaya,” katanya.
Mak mengucap panjang.
“Kenapa tak beritahu yang Paih tak suka Yaya?” soal mak.
“Dulu tak nak bangkang cakap mak. Paih tak ada pun tinggi suara dengan
mak. Tetapi Paih cakap antara sebab Paih tak suka Yaya sebab Yaya tak
macam Atikah. Nak sembang bab ilmu agama pun Yaya tak pandai. Nak
sembang bab hadis pun Yaya tak reti. Masak pun tak pandai. Kemas rumah
pun tak pandai,” katanya.
Tetapi bagi aku, Paih tak boleh salahkan Yaya sebab perkara-perkara
seperti itu boleh belajar. Di mata aku, Yaya ini pembersih, tak berkira,
permurah, tak memilih. Paih pun bukannya sempurna sangat.
Aku kasihan pada Yaya. Paih macam jahat sangat. Yang paling aku sedih, Yaya ada tweet,
“First time jadi makmum awak. Nak salam tapi takut,”
Selepas itu ada tweet-tweet yang lain lagi.
“Cantiknya pilihan hati awak, saya sudi berkongsi. Tetapi awak jangan tinggalkan saya. Saya dah tak ada sesiapa,”
“Tiba-tiba rindukan mama” dan sebagainya.
Selepas Yaya sembuh dari demam, kami yang perempuan banyak keluar pergi
jalan, berbuka di luar. Masa dalam kereta, mak tanya Yaya tak ada ke nak
berbuka dengan kawna-kawan ke? Yaya cakap ada, tetapi Paih pesan
jangan pergi mana-mana selain dengan keluarga.
Remuk hati mak. Mak cakap, “Pergi saja, nanti mak cakap dengan Paih,”
Tetapi Yaya enggan. Paih pula berbuka seorang diri di rumah.
Mak pernah buka purse Yaya.
“Ada RM2 saja ke Yaya?”
“Alaaa! Malulah mak buka purse kita. Duit kita dah habis buat bayar yuran. Malulah kita,” katanya.
“Paih tak bagi duit ke?” soal mak lagi.
Yaya tergelak-gelak. Lambat-lambat baru cakap bagi.
Walaupun arwah mak dan ayah Yaya tinggal duit pada Yaya tetapi dia bukan
jenis yang membazir. Masa kami pergi cari baju raya pun, Yaya macam
tidak berminat. Yaya kata baju dia dah banyak/ Ada satu hari, mak
belikan Yaya gelang, tetapi mak suruh Paih bagi pada Yaya, kononnya
macam Paih yang belikan gelang itu.
“Tak payahlah mak. Membazir saja. Paih simpan bagi dekat bakal menantu mak nanti sajalah eh,” katanya.
Aku tak tahulah Paih ini perangai macam apa. Orang luar nampak dia macam
baik sangat. Padahal dengan isteri sendiri, layanan macam apa saja
diberi. Aku malas nak masuk campur. Tetapi sepanjang yang aku nampak
dengan mata kasar aku ini, Paih memang kejam. Kasihan Yaya.
Sumber : Facebook Adik Kau
0 comments:
Post a Comment