Aduh...sakitnyer. ..isk.... . aduuh....Bang sakit nye tak tahan saya"
keluh Nisa pada suaminya Zakri."Apelah awak nie....lama sangat nak
bersalin dah berjam-jam dah tak keluar-keluar juga. Penat dah saya
tunggu. Nih mesti ader benda yang tak elok awak buat , itu lah sebab
lambat keluar budak tu banyak dosa la tu" rungut Zakri pd Nisa.
Nisa hanya diam dan menahan sakit nak beranak, hampir 1
jam Nisa dalam bilik bersalin tapi baby tak keluar juga. Sebak hati
Nisa bila Zakri berkata begitu. Sejak mengandung ada sahaja yang tidak
kena dihati Zakri terhadapnya. Seakan-akan membenci Nisa dan anak yang
dikandungnya. Jururawat datang memeriksa dan kemudian bergegas memanggil
Doktor Johari. Doktor Johari (Doktor Peribadi) datang dan bergegas
menyediakan keperluan menyambut kelahiran.
Nisa hanya mendiamkan diri menahan sakit dan air mata
meleleh panas dipipi bukan disebabkan takut atau sakit tapi rungutan
Zakri tadi. Doktor Johari menyuruh Nisa meneran ."Come on Nisa u can do
it...once more...." Kata ransang Doktor Johari itu membuatkan Nisa
bertenaga dan sekali teran sahaja kepala baby sudah keluar "Good mummy"
kata Doktor Johari selepas menyambut baby yang keluar itu.
Tiba-tiba Nisa terasa sakit lagi dan Nisa meneran untuk
kali kedua dan keluar seorang lagi baby, kembar rupanya. "Nisa u got
twin, boy and girl, putih macam mummy dia" kata Doktor Johari memuji
Nisa. "Tahniah Zakri,it's a twin" Doktor Johari mengucapkan tahniah
kepada Zakri. Zakri hanya mendiamkan diri setelah menyaksikan kelahiran
anak pertamanya, kembar pulak. Memang Doktor Johari itu menyuruhnya
melihat bagaimana keadaan kelahiran anaknya. Baby boy dan girl Nisa
namakan Mohammad Danial dan Nur Dania.Nisa berasa lega... tapi Nisa
masih lagi teringat kata-kata Zakri padanya sebentar tadi. Terlalu
banyak kata-kata yang membuat Nisa selalu kecil hati .
Tapi Nisa tahankan sahaja. Nisa tahu kalau Nisa mengadu
pada emak, Nisa akan dimarahi semula. Jadi Nisa hanya diam dan memendam
rasa. Danial dan Dania diletakkan di nursery di Hospital itu sementara
menanti Nisa berehat kemudian dapatlah Nisa menyusukan Danial dan Dania.
Comel sungguh kembar Nisa. Nisa termenung dan otak fikirannya menerbang
kembali detik-detik semasa Nisa mengandungkan kandungannya, Zakri
selalu memarahi Nisa, ada sahaja yang tidak kena. Kata Nisa yang
bukan-bukan, gila, ada sahaja tuduhan yang tidak masuk akal semuanya
dihamburkan pada Nisa.
Tak sanggup Nisa hadapi semua itu tapi demi
kandungannya, Nisa kuatkan semangat dan pendirian Nisa.Ingat lagi waktu
Nisa mula mengandung Zakri tak percaya Nisa mengandung anak dia, dua
kali dia membuat pemeriksaan Antenatal samada Nisa mengandung.Zakri ragu
anak dalam kandungan Nisa. Dia tak boleh terima baru tiga bulan kahwin
dah mengandung.. .Nisa dah 2 bulan...Nisa cuma kosong selama sebulan
selepas berkahwin. Nisa tak tau nak cakap apa.
Nisa balik rumah dalam kesedihan. Pada mulanya Nisa
gembira bila mengandung tapi sebaliknya pula yg terjadi. Perasaan hati
Nisa bangga Nisa dapat memberi zuriat kepada Zakri. Tapi apa yang Nisa
dapat hanyalah tuduhan yang tak pernah terlintas di otak jemala Nisa.
"Kenapa abang berlainan sekarang ni, tak macam dulu pelembut, suka
berjenaka, ni tak asyik nak cari salah Nisa sahaja. Nape Bang?"soal Nisa
pada Zakri .
"Kaulah penyebabnya. Tak yah nak tunjuk baik plak"
Zakri menempelak Nisa "Jantan mana yang kau layan kat opis kau tu"
sergah Zakri lagi. "Abg syak Nisa ngan lelaki lain ke? Kenapa Abg syak
yg bukan-bukan, Nisakan isteri Abang yang sah tak kanNisa nak buat jahat
ngan orang lain pulak Bang"? terang Nisa pada Zakri. "ALLAH dah bagi
kita rezeki awal,tak baik cakap cam tu. Itu semua kehendak ALLAH" Nisa
senyum dan menghampiri sambil memeluk badan suaminya tetapi Zakri
meleraikan pelukan Nisa dengan kasar sehingga Nisa hampir tersungkur.
Nisa menangis dan sedih. Zakri buat tak tahu sahaja. Deraian airmata
Nisa semakin laju.
Nisa hanya mampu menangis. Terasa dada .Nisa sakit
menahan semua tohmahan dari Zakri, suaminya yang sah. "Woi, benda-benda
tu bole terjadilah Nisa, kawan baik ngan bini sendiri, suami sendiri,
bapak ngan anak, hah emak ngan menantu pun bole jadi tau apatah lagi
macam kau nie, tau tak. Tu dulu kawan kau lama tu yang satu opis ngan
kau tu, Farid, bukan main baik lagi budak tu" marah Zakri. "Entah-entah
keturunan kau, darah daging kau pun tak senonoh heee teruk. Nasib aku la
dapat bini cam engkau ni"kutuk Zakri lagi pada Nisa. "Bawa mengucap
Bang, jangan tuduh saya yang bukan-bukan saya bukan perempuan tak tentu
arah walaupun saya menumpang keluarga ni , saya bukan jenis macam tu
saya tau akan halal haram, hukum hakam agama.
"Walaupun saya tak tau asal usul keluarga kandung saya,
saya bersyukur dan berterima kasih pada emak kerana jaga saya dari
kecil dah macam darah daging saya sendiri" kata Nisa pada Zakri. "Tapi
Abang tak boleh hina keluarga kandung saya walaupun saya tak pernah
tengok muka ayah dan mak kandung saya. Mereka lahirkan saya
kedunia,"ucap Nisa sambil menangis.
Semenjak kejadian itu Nisa terpaksa mengikut Zakri ke
tempat kerjanya apabila habis waktu kerja. Nisa berehat di Surau tempat
Zakri bekerja. Zakri bekerja di salah sebuah Pusat membeli belah dan
kerjanya mengikut shif.Kalau Zakri shif malam terpaksalah Nisa menunggu
Zakri sehingga pukul 10.30 malam - 11.30 malam sehingga habis Pusat
membeli belah itu tamat waktu perniagaannya. Nisa terpaksa berbohong
pada emak dan keluarga lain dengan mengatakan Nisa buat overtime di
pejabat. Nisa terpaksa berbuat demikian kerana tidak mahu dikata-kata
dan dituduh lagi. Dengan keadaan perut semakin membesar Nisa gagahkan
juga.
Tetapi kadangkala Zakri tidak menjemput Nisa di tempat
kerja terpaksalah Nisa menaiki bas. Begitulah Nisa sehinggalah Nisa
hampir pada waktu bersalin Nisa. Kalau diminta jemput...macam- macam
kata kesat dilemparkan pada Nisa, perempuan tak tau berdikarilah,
berlagak senang lah, lagak kaya lah. Pernah suatu hari Nisa naik marah
kerana Zakri jemput Nisa lambat sampai sakit pinggang Nisa menunggunya.
Nisa menangis. Zakri tiba-tiba naik angin dan cakap perangai Nisa macam
firaun la, perempuan tak sedar dirilah, tak layak jadi isterilah,
menyusahkan macam-macam kata nista dilemparkan pada Nisa.
Nisa tambah sedih mengenangkan diri Nisa, ngadu kat
emak takut dimarahi pula...bila Nisa balik ke rumah, mereka berdua akan
berlakun yang mereka tidak bergaduh...Nisa sedaya upaya tidak mahu
menunjukkan yang masalah melanda perkahwinannya. Kasihan Nisa...dalam
keadaan yang begitu Nisa masih mampu bertahan, masih kuat lagi emosinya.
Satu hari Zakri dalam keadaan marah telah menarik rambut Nisa dan
menghantukkan kepala Nisa ke dinding...Nisa hanya mampu menangis dan
menanggung kesakitan gara-gara Nisa nak pergi ke rumah Mak Usu Nisa yang
ingin mengahwinkan anaknya di Tanjung Karang. Emak Nisa dah seminggu
pergi ke sana untuk menolong.
Hari dah mula petang jadi Nisa mendesak agar bertolak
cepat kerana kalau hari malam nanti bahaya , "Kita nak jalan jauh ni
Bang. Biarlah kita pergi awal sikit bolehlah tolong apa yang patut. Masa
nilah kita nak membalas pertolongan mereka, ingat tak masa kita kahwin
mereka bekerja keras kan "kata Nisa pada Zakri. Zakri ketika itu sedang
berehat menonton. "Bang dengar tak ni, lagi pun hari dah mula
gelap,takut plak hujan nanti"desak Nisa lagi. Tiba-tiba Zakri bangun dan
mukanya bengis memandang Nisa "Kau tahu aku penatkan, tak boleh tunggu
ker,suka hati aku lah nak pegi malam ke siang ke tak pegi langsung
ker"marah Zakri. "Itu Nisa tau, Abang dah berehat dari pagi tadi Bang
masih penat lagi, Nisa cuma nak ingatkan Abang aja"Nisa memberitahu
Zakri. Zakri datang pada Nisa dan direntapnya rambut Nisa dan di
hantukkannya kepala Nisa kedinding.
Nisa tak dapat buat apa. YA ALLAH sanggup Zakri berbuat
demikian...terasa kebas kepala Nisa dan mula membengkak. Pening kepala
Nisa dibuatnya. "YA ALLAH kau kuatkan iman aku YA ALLAH, lindungilah aku
dan kandungan aku dari bahaya YA ALLAH" doa Nisa dalam hatinya. Nisa
memencilkan diri Nisa disudut dinding dan menangis.Zakri kemudian duduk
diam. Nisa rasa kepala Nisa macam nak pecah. Kebas masih lagi dan
embengkak.. .berdenyut2. .."Bang, Nisa minta maaf jika Nisa membuat
Abang marah" Nisa memohon maaf pada Zakri sambil teresak-esak.
Treet,Treet, Treet, Treet....bunyi handphone Zakri.
"Sapa plak nie sebok je....."Rungut Zakri yang tengah sibuk berborak
dengan kawan-kawan di salah sebuah caf?. "Hoi, Encik Zakri, bini ko kat
wad tak gi jengok ke, apa punya laki ko nie? sindir Azlan, kawan pejabat
Zakri. "Alah, dia sihat je kat wad tu, makan tanggung berak cangkung,
ha,ha,ha"gelak Zakri dan kawan-kawan lain. Azlan cuma berdiam diri.
"Senangnya hidup Zakri nie tak ader risau langsung pasal bini dia"cetus
hati Azlan.
"Akulah kalau bini aku masuk wad bersalin aku sentiasa
dok sebelah dia tau...mereka perlukan kita masa tu...nyawa mereka
dihujung tanduk semata-mata nak melahirkan zuriat yang dari darah daging
engkau tau, cuba fikir sikit" Azlan mengingatkan Zakri. "Iyelah, Lan,
lagipun Nisa dah bersalin, selamat dah, sekarang tengah berehat laaa,
apa aku nak risau lagi" jawab Zakri selamba. "Suka hati kau lah, tapi
kalau ader apa-apa nanti kau jangan menyesal Zakri, sesal tak sudah
nanti" kata Azlan lagi.
Pokok, pokok, pokok .... handphone Bunyi Zakri. "Hello
Zakri bercakap" Jawab Zakri."Hello Zakri, Dr Johari here, ade masalahlah
Zakri, pasal Nisa, Datang ke Segera hospital mata Zakri, Nisa TIDAK
sedarkan Diri." Panggilan Kecemasan dari Doktor Johari "Iye ke, Ke teruk
dia Johari, okay Dalam Atang" ... tuttttttt . Zakri menamatkan
perbualannya DENGAN Dr Johari. "Lan. Kau kut aku, Nisa siling cedar Diri
..." ajak Zakri komen pada Lan. "Hah, Tadi kau kata Bini kau sihat"
tanya Lan-komen pada Zakri. "Alah JOM ketawa cepat" Desak Zakri.
"Zakri, kami tak dapat selamatkan Nisa, Nisa mengalami
pendarahan otak yang serius, sebelum nie pernah tak Nisa jatuh
atau...terhantuk kuat cause sebelah kanan kepalanya kelihatan bengkak
dan ada tanda lebam. Mungkin kesan dah lama? tanya Doktor Johari dengan
serius dan ingin penjelasan Zakri. Zakri hanya mendiamkan diri.
Automatik otak Zakri teringat yang dia pernah menarik rambut Nisa dan
menghantukkan kepala Nisa kedinding sekuatnya... dan selepas kejadian
itu Zakri tidak pernah pun membawa Nisa ke Klinik untuk membuat
pemeriksaan kepalanya dan semenjak kejadian itu Nisa sering sakit kepala
yang teruk ...tapi Zakri tidak pernah mengendahkan kesakitan
Nisa....baginya Nisa mengada-ngada ..saja buat sakit untuk minta
simpati...tetapi sebaliknya.. ...Zakri hanya diam...."YA ALLAH apa aku
dah buat" rasa bersalah membuat dirinya rasa menggigil...
"Doktor Zainal yang merawat Nisa kerana Nisa mengadu
sakit kepala sewaktu Nisa memberi susu pada kembarnya di Nursery, sakit
yang amat sangat katanya so Doktor Zainal membawa Nisa ke Lab untuk
membuat scanning di kepalanya dan confirm otaknya ada darah beku tapi
malangnya ia sudah ditahap yang kritikal, kami tak mampu lakukan apa-apa
kerana Nisa tidak mahu di operation sebelum meminta izin dari kau
Zakri, Nisa telah pergi dulu dengan tenang.Permintaan terakhir Nisa,
Nisa minta kau membaca diarinya. I'm really sorry Zakri. ALLAH berkuasa
Zakri kita tak dapat menghalangnya" kata Doktor Johari lalu memberikan
Zakri sebuah diari yang berbalut kemas dengan kain lampin baby yang
masih baru.
Zakri mengambil diari itu dan membuka setiap lembaran
diari Nisa, setiap lembaran tertulis rapi tulisan Nisa dan peristiwa
yang berlaku pada Nisa pada setiap hari , Zakri membacanya sepintas dan
nyata keluhan,kesakitan segala luahan rasa Nisa semuanya tertera di
iarinya. Dan Zakri dapati setiap peristiwa itu semuanya perlakuan buruk
Zakri terhadap Nisa..."YA ALLAH kenapa aku buat Nisa begini" terdetik
hati Zakri selepas membaca tiap lembaran diari Nisa. Dan terpandang oleh
Zakri mukasurat akhir lembaran diari yang ditanda dengan bunga ros
merah yang telah kering....membuat Zakri tertarik untuk membacanya.. .
Untuk suami Nisa yang tersayang, I LOVE U Bang... "SELAMAT HARI ULANG
TAHUN PERKAHWINAN YANG PERTAMA"
Assalamualaikum.
Abang,
Ingat tak bunga Ros merah ni, Abang berikan pada Nisa
sewaktu mula mengenali Abang. Lama Nisa simpan bunga tu Bang...Bunga
inilah lambang bermulanya perkenalan Nisa dengan Abang. Nisa benar-benar
menyayangi Abang. Nisa menyimpan setiap hadiah yang abang bagi pada
Nisa. Abang tak pernah tahu kan ... Itulah salah satu buktinya betapa
sayangnya Nisa.. Terlebih dahulu Nisa ingin sangat dengar Abang panggil
Nisa AYANG seperti kita baru kahwin...Abang panggil Nisa AYANG...terasa
diri dimanja bila Abang panggil Nisa cam tu...walaupun Nisa dapat merasa
panggilan AYANG itu seketika sahaja.
Abang dah banyak berubah. Perkataan AYANG telah hilang
dan tidak kedengaran untuk Nisa lagi. Kenapa? Bencikah Abang pada Nisa?
Abang...mukasurat nie khas utk Abang. Bacalah semoga Abang tahu
sayangnya Nisa pada Abang. Abang ingatkan hari nie hari ulangtahun
perkahwinan kita yang pertama dan Nisa hadiahkan Abang....... Danial dan
Dania. Untuk Nisa tak perlulah Abang bagi kerana tak ada apa yang Nisa
inginkan melainkan kasih sayang Abang pada Nisa. Nisa akan pergi mencari
ketenangan dan kedamaian untuk diri Nisa. Nisa pergi untuk menemui NYA.
Nisa harap Abang akan menjaga Danial dan Dania dengan
baik dan jangan sekali-kali sakiti mereka. Danial dan Dania tak tahu
apa-apa. Itulah hadiah paling berharga dari diri Nisa dan mereka adalah
darah daging Abang. Jangan seksa mereka. Abang boleh seksa Nisa tapi
bukan mereka. Sayangilah mereka...Nisa ingin mengatakan bahawa Nisa tak
ada hubungan dengan sesiapa melainkan Abang sahaja di hati Nisa. Jiwa
dan raga Nisa hanya untuk Abang seorang. Terima kasih kerana Abang sudi
mengahwini Nisa walaupun Nisa in cuma menumpang kasih disebuah keluarga
yang menjaga Nisa dari kecil hinggalah Nisa bertemu dengan Abang dan
berkahwin.
Nisa harap Abang tidak akan mensia-siakan kembar kita
dan Nisa tidak mahu mereka mengikut jejak kehidupan Nisa yang
malangkerana menumpang kasih dari keluarga yang bukan dari darah daging
nisa....tapi Nisa bersyukur kerana dapat mengecapi kasih sayang
sepenuhnya dari keluarga ini. Nisa harap sangat Abang akan sentiasa
memberitahu pada kembar kita yang Nisa ibunya akan sentiasa bersama
disamping kembar kita, walau pun Nisa tak dapat membelai dan hanya
seketika sahaja dapat mengenyangkan kembar kita dengan air susu Nisa.
Berjanji pada Nisa dan ingat DANIAL dan DANIA adalah darah daging
abang...Ampunkan Nisa dan halalkan segala makan minum Nisa selama
setahun kita bersama.
Sekiranya Abang tidak sudi menerima Danial dan Dania
berilah pada emak Nisa supaya emak menjaga kembar kita dan segala
perbelanjaan Nisa dah buat nama emak untuk KWSP Nisa. Biarlah emak
menjaga kembar kita sekurang-kurang terubat juga rindu emak sekeluarga
pada Nisa nanti bila memandang kembar kita. Comel anak kita bang..Dania
mengikut raut muka Abang...sejuk kata orang dan Nisa yakin mesti Danial
akan mengikut iras raut wajah Nisa...Ibunya. ..sejuk perut Nisa
mengandungkan mereka. Inilah peninggalan Nisa untuk Abang. Semoga Abang
masih sudi menyayangi dan mengingati walaupun Nisa sudah tiada disisi
Abang dan kembar kita.
Wassalam.
Salam terakhir dari Nisa Untuk Abang dan semua.
Doakan Nisa.
Ikhlas dari
hanya Nisa
Sabarlah Zakri, ALLAH maha berkuasa. Kuatkan semangat
kau, kau masih ada Danial dan Dania" pujuk Azlan. Zakri hanya tunduk
membisu. YA ALLAH,Nisa maafkan Abg Nisa. Zakri longlai dan diari
ditangannya terlepas, sekeping gambar dihari pernikahan antara Zakri dan
Nisa jatuh dikakinya dan Zakri mengambilnya. Belakang gambar itu
tertulis "HARI YANG PALING GEMBIRA DAN BAHAGIA BUAT NISA DAN SEKELUARGA.
NISA DISAMPING SUAMI TERCINTA SELEPAS DIIJABKABULKAN. SEMOGA
KEGEMBIRAAN DAN KEBAHAGIAAN AKAN MENYELUBUNGI DIRI NISA DAN KELUARGA
NISA HINGGA KEAKHIR HAYAT NISA.
Zakri terjelepuk dilantai dan berjuta penyesalan
merangkumi seluruh tubuhnya. Zakri seakan orang hilang akal. Satu demi
satu setiap perlakuannya terhadap isterinya Nisa seperti terakam dalam
kotak otaknya...setiap perbuatannya. ..seperti wayang jelas terpampang..
. kenapalah sampai begini jadinya...kejamnya aku...Nisa, Nisa, Nisa
maafkan Abang Nisa. Sewakt jenazah Nisa tiba dirumah suasana amat
memilukan. Zakri tidak terdaya untuk melihat keluarga Nisa yang begitu
sedih atas pemergian Nisa. Namun emak Nisa begitu tabah dan redha.
Danial dan Dania sentiasa di dalam pangkuan neneknya.Saat akhir untuk
melihat Jenazah Nisa, Zakri lihat muka Nisa tenang bersih dan Zakri
kucup dahi Nisa buat kali terakhir seakan-akan lirik mata Nisa mengikuti
wajah Zakri.
"Nisa Abang minta ampun dan maaf" bisik Zakri perlahan
pada telinga Nisa sambil menangis dengan berjuta penyesalan
menimpa-nimpa dirinya. Apabila Zakri meletakkan kembar disisi ibunya
mereka diam dari tangisan dan tangan dari bedungan terkeluar seolah-olah
mengusapi pipi ibu mereka buat kali terakhir dan terlihat oleh Zakri
ada titisan airmata bergenang di tepi mata Nisa. Meleleh perlahan-lahan
bila kembar itu diangkat oleh Zakri. Kembar menangis semula setelah
diangkat oleh Zakri dan diberikan kepada neneknya.
Jenazah Nisa dibawa ke pusara dan ramai yang
mengiringinya termasuklah kembar bersama. Walaupun kembar tidak tahu
apa-apa tapi biarlah kembar mengiringi pemergian Nisa, Ibu mereka yang
melahirkan mereka. Amat sedih ketika itu.. Zakri tidak mampu berkata
apa-apa melainkan menangisi pemergian Nisa yang selama ini merana atas
perbuatannya. Dan akhirnya Jenazah Nisa selamat dikebumikan. Satu
persatu orang ramai meninggalkan kawasan pusara dan akhirnya tinggallah
Zakri keseorangan di pusara Nisa yang merah tanahnya...meratapi pilu,
berderai airmata dengan jutaan penyesalan ...YA ALLAH , kuatkan hambamu
ini YA ALLAH.
Hanya KAU sahaja yang mengetahui dosa aku pada
Nisa....ampunkan aku YA ALLAH....akhirnya Zakri terlelap disisi pusara
Nisa bermimpikan oleh Zakri,Nisa datang mencium tangan, mengucup dahi
dan memeluk Zakri dengan lembut mulus. Zakri melihat Nisa tenang dan
jelas kegembiraan terpancar dimuka Nisa Putih bersih. Nisa, Nisa, Nisa
nak kemana Nisa, Nisa, Nisaaaaaa. Zakri terjaga dari lenanya.
Terngiang-ngiang suara kembar menangis.
"YA ALLAH ,Zakri,Zakri bangun Zakri...dan hampir senja
ni, mari kita balik, kenapa kau tidur kat sini Zakri?" tegur abang long ,
abang ipar Zakri. Dari jauh Zakri lihat emak dan kakak ipar mengendung
kembar. Mereka menangis. Zakri berlari menuju ke arah kembarnya dan
mengusap-usap ubun-ubun anak kembar dan secara automatik kembarnya diam
dari menangis. "Danial, Dania anak ayah, ayah akan menjagamu
nak...kaulah penyambung zuriat, darah daging ayah... emak, abang dan
kakak ipar Zakri tersedu hiba dan mereka berlalu lemah meninggalkan
pusara Nisa.... Paling Panas
0 comments:
Post a Comment