Saturday 30 July 2016

Orang KOREA sendiri DEDAH MAGGIE ini sebenar HARAM. Orang ISLAM di Malaysia akan MUNTAH lepas TENGOK BUKTI ini. Nauzubillahiminzalik!


 Orang KOREA sendiri DEDAH MAGGIE ini sebenar HARAM. Orang ISLAM di Malaysia akan MUNTAH lepas TENGOK BUKTI ini. Nauzubillahiminzalik!
Moga status ini memberi maklumat kepada semua penggemar2 maggi ramyeon yang baru2 ni di viralkan...
"Paste" Megi ini disahkan menggunakan mesin yang sama untuk penyediaan "paste" berkaitan sebarang produk "pork".
Untuk makluman, saya telah membuat semakan produk ini melalui konsultan halal di korea, Mr. Kim Edward. Produk ini telah menggunakan mesin yang sama bagi penyediaan "paste" berunsurkan "pork".
Melihat pula kepada bahan2 paste megi ramyeon chicken mania ini, tiada sebarang "pork" didalamnya. Namun demikian, ISU SYUBHAH telah timbul disini kerana mesin yang digunakan adalah mesin yang sama dengan penyediaan "paste" berunsurkan "pork".
Logo Halal Korea yang dikeluarkan oleh KMF, adalah diragui.
Mohon sebarkan... isu kemashalatan Islam semakin membimbangkan.
ps : saya mohon maaf jika ada kesilapan pada maklumat ini. saya sertakan bukti perbualan saya bersama Konsultan Halal Korea untuk makluman.











Ibunya Seorang Muslim! Shah Rukhan Dedahkan Kisah Sedih Tentang Ibunya Buat Ramai Menangis Subahanallah! sedihnya..


 Ibunya Seorang Muslim! Shah Rukhan Dedahkan Kisah Sedih Tentang Ibunya Buat Ramai Menangis
Subahanallah! sedihnya.. mengalir air mata baca kisah shah rukhan ni.. semoga tabah
Ibunya Seorang Muslim! Shah Rukhan Dedahkan Kisah Sedih Tentang Ibunya Buat Ramai Menangis Subahanallah! sedihnya..
INILAH WAJAH IBU SHAH RUKH KHAN iaitu Lateef Fatima Khan yang merupakan seorang muslim..
wajahnya jarang kita tengok..inilah kali pertama Shah Rukh Khan mendedahkan gambar ibunya di ulang tahun ke 74 ibu pelakon tersohor bolywood ini.
walaupun ibunya sudah tiada Shah Rukh Khan tetap mengingati ibunya.  Aktor tampan Shahrukh Khan sepertinya sedang dilanda rasa emosional yang teramat dalam. Namun dia masih boleh menyembunyikan perasaan tersebut dengan sedikit gurauan yang  namun dikemas seolah hal yang serius. 
Momen istimewa yang membuat Shah Rukh Khan merasa sedikit emosional tak lain dan tak bukan adalah hari ulang tahun ibunya yang jatuh pada Rabu (1/7). Tidak hanya berdiam begitu sahaja, seperti anak-anak yang lain, Shahrukh Khan pun akhirnya berkicau akan hal ini.
"Dia hari ini seharusnya berusia 74 tahun dan aku mungkin akan ditampar kerana sudah memberitahukan usianya. Hari ini adalah hari yang bahagia," tulisnya.
Tidak hairanlah jika pelakon ini begitu terkenal diseluruh dunia sehingga mendapat gelaran Datuk di Malaysia jika beginilah sikapnya kepada ibunya yang sudah lama meninggal dunia. Hanya anak durjana sahaja yang tidak sayangkan ibunya.
Ibu bapa Shah Rukh Khan sebenarnya seorang muslim. Apabila ditanya berhubung dengan agamanya, ini adalah jawapan dari Shah Rukh Khan:
"Saya bukan agama dari segi bacaan namaz [doa] lima kali tetapi saya Islam. Saya percaya pada rukun Islam dan saya percaya bahawa itu agama yang baik dan disiplin yang baik"


Suami ‘Lari’ Bila Tahu Isteri Sudah Tiada Dara, Selepas 6 Bulan Berkahwin Ini Yang Berlaku

covermenangis
Kata orang, lelaki baik untuk wanita yang baik, begitu juga sebaliknya. Tiada manusia yang terlepas daripada melakukan dosa. Selagi masih bernyawa dan diizinkan Allah, selagi itu pintu taubat masih terbuka.
Ini kisah wanita yang pernah terlanjur dengan bekas kekasih selama beberapa kali. Kemudiannya dijodohkan dengan pilihan keluarga. Bakal suami pula bertanyakan tentang status daranya. Apakah kesudahan hubungan mereka, bahagia atau derita? Ikuti kisah benar yang sangat menyayat hati ini.

Banyak Kali Terlanjur Dengan Bekas Kekasih…

orang-tutup-muka
Saya nak share kisah hidup yang sudah hampir setahun saya pendamkan. Harap dapat siarkan tanpa mendedahkan identiti saya. Dulu, habis sekolah saya bercinta dengan rakan sekolah selama 6 tahun. Saya jahil sangat sampai terlanjur beberapa kali. Sehinggalah hujung tahun 2014, kami putus kerana dia sudah ada perempuan lain. Berkali-kali saya cuba memujuknya, tetapi dia tetap tidak mahu kembali bersama kerana dia sudah jumpa perempuan yang benar-benar sesuai dengan dia. Habis, saya ini apa? Sedih hati saya diperlakukan seperti itu.
Saya berputus asa, tetapi saya tidak dapat menerima hakikat sampai saya pernah menjadi seperti mayat hidup. Bayangkan berat 52kg jadi 40kg dan saya kerap sakit sebab saya hanya tidur 24 jam. Mak saya yang tengok saya pada masa itu pun sudah berputus asa dengan sikap saya.

“Saya Ingatkan Mak Saya Pilih Orang Yang Bertudung”

Sampailah Februari 2015, masa itu saya sudah stabil sikit. Mak nak saya kahwin. Saya tak fikir apa-apa, hanya mengangguk akur sahaja. Saya ingatkan mak main-main, rupa-rupanya mak sudah ada calon untuk saya.  Bulan Mac, ikat tunang tanpa saya kenal siapa lelaki itu. Selepas sebulan ikat pertunangan, barulah dia menghubungi handphone saya. Dia telefon ajak keluar beli barang kahwin sebab kami akan berkahwin pada bulan September. Masa itu saya berdebar-debar, saya macam tak percaya yang betul ke saya nak kahwin?
Kami berjumpa pada pagi itu. Ayat pertama yang dia katakan pada saya ialah, “Saya ingatkan mak saya pilih orang yang bertudung,” katanya. Ya saya tahu saya tak bertudung tetapi saya bukan jenis perempuan yang suka pakai seksi-seksi. Masa itu memang saya tersentap sangat dengan kata-kata dia tetapi saya mendiamkan diri. “Kalau tak sesuai, kita boleh putus,” ringkas saya balas. Dia hanya menggelengkan kepala.
Kami tidak banyak bersembang pada masa itu, hanya mencuba baju dan dia suruh saya pilih set barang kemas. Dia cuba mahu beramah dengan saya tetapi saya dah jadi moody bila mendengar sindirannya tentang tudung itu. Hari demi hari, kami kerap keluar bersama dan kami sudah menjadi serasi bila bersembang. Namun saya masih tidak punya perasaan terhadapnya.

Bakal Suami Tanya Status Dara!

Selepas malam raya itu, dia bertanya sesuatu yang membuatkan saya tidak boleh berlaku jujur. “Awak pernah tidur dengan mana-mana lelaki?” Saya tak boleh jawab sebab itu aib saya. Saya hanya kata pada dia, “Awak tak perlu tahu. Kalau awak ikhlas mahu menjadikan saya sebagai isteri awak, tak perlu awak tanya saya soalan ini.” Dia minta saya jawab dengan jujur tetapi saya tetap tidak mahu menjawab soalan itu dan hanya mendiamkan diri. Oleh disebabkan itu, dia mendiamkan diri selama 2 minggu. Lagi seminggu nak berkahwin, dia menghubungi saya dan ajak pergi spa. Masa keluar bersama, dia dah tak tanya pun tentang hal itu lagi. Saya dah mengelabah sangat sebab lagi seminggu lebih saja kami akan berkahwin. Masa itu macam-macam jamu yang saya telan.
19 September kami sah bergelar suami isteri. Masa itu banyak kali saya mengelakkan diri dekat dengan dia. Saya beri alasan tidur di rumah mak sebab tak sihat. Dia pun terpaksa akur. Hari keempat barulah saya dengan dia duduk bersama. Itu pun kerana kami pergi honeymoon. Malam itu saya tahu dia kecewa sangat dengan saya tetapi sebab dia mahu menjaga hati saya, selama 4 hari honeymoon itu dia melayan saya dengan begitu baik sekali.

Suami Jauhkan Diri…

Selepas habis honeymoon, dia menghilangkan diri, tak balik rumah. Hari pertama dan kedua dia tak balik rumah, saya langsung tidak menghubunginya. Saya kahwin tanpa ada perasaan pada dia. Jadi saya tak terfikir apa pun. Sehinggalah hari yang ketiga saya cuba menghubunginya dan sms tetapi tidak dijawab. Handphonenya dimatikan. Sehinggalah genap seminggu, panggilan tidak dijawab, WhatsApp yang saya hantar bluetick pada jam 4 pagi. Jadi jam 3 pagi saya memberanikan diri pergi ke rumah mak mertua jika dia tidur di sana. Namun kereta dia pun tiada. Hati saya kuat mengatakan yang dia marah tentang malam pertama kami.
Esoknya saya call kakak dia tanya tempat kerja dia. Kakak dia terkejut sebab saya tak pernah tahu yang suami saya ada office sendiri. Jadi selepas mendapat tahu, saya terus pergi ke office dan mencari dia. Bila pembantu dia cakap saya nak jumpa dia, datang satu mesej dari dia. “Awak baliklah. Jangan cari saya buat masa ini,” katanya. Hati saya sangat sedih pada masa itu. Balik rumah terus terasa nak buat solat taubat. Tiap-tiap malam saya solat taubat dan memohon Allah melembutkan hati suami.

Tuhan Lebih Sayangkan Dia!

Minggu kedua suami balik ke rumah, saya terus memeluk dia. Berkali-kali saya meminta maaf. Dia kata dia cuma perlukan kejujuran dari saya. Tetapi saya pun meminta dia memahami keadaan saya. Malam itu kami bersama-sama buat solat taubat. Kali ketiga dia menjadi imam saya sebab saya memang liat nak solat. Solat bila dia betul-betul paksa saya. Tetapi sejak dari hari itu saya dah berubah. Pagi-pagi selepas solat, siapkan sarapan untuk dia. Sementara menunggu dia balik, saya buat online bisnes. Saya bersyukur pada Allah sebab dia lelaki yang sempurna, penyayang, suka menyakat saya sampai menangis. Dia kata muka saya macam negro bila saya menangis. Bila saya menangis, dia peluk saya. Dia kata dia suka tengok saya menangis.
Tetapi itu semua kenangan saya dengan dia selama 6 bulan berkahwin. Dia terlibat dalam kemalangan dan meninggal semasa dalam perjalanan pergi ke hospital. Rahangnya pecah. Dan yang paling menyedihkan saya ialah, saya tidak sempat memberitahu dia yang saya mengandung. Kini baby saya sudah dua bulan. Sedih sampai tak tahu nak kata apa. Sekarang saya tinggal di rumah mertua. Mereka baik, jaga saya walaupun saya bukan lagi menantu mereka. Dikala Allah menarik orang yang baru saya ingin cintai bersungguh-sungguh, Allah gantikan dengan seseorang. Mohd Taufiq Hidayat, semoga abang menjadi anak soleh buat mama, jadilah insan seperti papa. Jujur hati saya sangat merindui dia yang banyak memberi perubahan dalam hidup saya walaupun dalam masa yang singkat.

Sumber: KRT


Henti Beri Gajet Untuk Sibukkan Anak – Ibu Muda Ini Kongsi Pengalaman Cara Didik Anak Dengan Betul

gajet1.1
Zaman serba membangun ni, tak menjadi satu masalah bila melihat suami dan isteri bekerja. Ada juga yang menjalankan bisnes sama ada online atau nyata, dan yang menjadi mangsa selalunya anak-anak. Kebanyakan ibu bapa sekarang menjadikan gajet sebagai salah satu medium untuk melekakan anak-anak. Impaknya, anak menjadi kurang perhatian, selalu mengamuk dan sebagainya.
Kami share kisah ibu muda ini mengenai pengalamannya memberi gajet untuk melekakan anak dan seterusnya menukar kaedah kepada yang lebih praktikal, setelah anaknya dilihat tidak membesar dengan baik dan sempurna. Jom baca!

Anak jadi mangsa kesibukan kami

Screen Shot 2016-07-29 at 12.23.37 PM

Menangis tak dapat gajet

Screen Shot 2016-07-29 at 12.23.58 PM

Tukar Ipad kepada TV

Screen Shot 2016-07-29 at 12.26.28 PM

Layan anak main permainan

Screen Shot 2016-07-29 at 12.26.48 PM

Beli mainan yang anak boleh explore dan belajar

Screen Shot 2016-07-29 at 12.27.05 PM

Buat aktiviti luar at least seminggu sekali

Screen Shot 2016-07-29 at 12.27.18 PM

Cuba disiplinkan anak

Screen Shot 2016-07-29 at 12.27.27 PM

Jangan menipu anak

Screen Shot 2016-07-29 at 12.27.36 PM

Latih anak mewarna dan melukis

Screen Shot 2016-07-29 at 12.27.43 PM

Layan hasil kreativiti anak

Screen Shot 2016-07-29 at 12.27.52 PM

Sibukkan anak dengan perkara selain gajet

Screen Shot 2016-07-29 at 12.28.04 PM

Takde masalah dah tanpa gajet

Screen Shot 2016-07-29 at 12.28.18 PM

Semuanya atas kehendak ibu bapa, bukan anak

Screen Shot 2016-07-29 at 12.28.26 PM

Sumber: FB Nurul Diana


Thursday 28 July 2016

"Dia MELEKAT SEPANJANG MASA..IBU MANA TAK KESIAN ANAK"!! Mana BEKAS SUAMI SAAT BEGINI..Sebak TENGOK KEADAAN KRITIKAL ANAK IZREEN AZMINDA Yang Begini..Apalah Nasib ANAK KECIL COMEL Ni

"Dia MELEKAT SEPANJANG MASA..Inilah PENGORBANAN"!! Mana BEKAS SUAMI SAAT BEGINI..Merana Jiwa MELIHAT KEADAAN KRITIKAL ANAK IZREEN AZMINDA Yang Begini..Apalah Nasib ANAK KECIL COMEL Ni 


KUALA LUMPUR: Pelakon, Izreen Azminda mengakui berhadapan cabaran membawa anaknya ke tempat kerja memandangkan Adrian Umar, 3, sukar mesra dengan orang sekeliling. 

"Umar tidak mudah bermesra dengan orang yang baharu dikenali. Macam baru-baru ini, saya menjalani penggambaran drama Lelaki Macam Dia, arahan Hashim Rejab. Dia 'melekat' sepanjang masa. Bayangkan, ketika rakaman, Umar memeluk kaki saya. 
"Mujur pengarah bersikap terbuka dan hanya mengambil syot pada bahagian atas. Selepas itu rakaman berjalan seperti biasa. Pelakon dan kru produksi juga memahami situasi saya sebagai ibu,"
katanya kepada BH Online. 
Begitupun pemilik nama sebenar Izreen Azminda Aznam, 31, itu mengakui masih boleh mengawal situasi jika watak yang digalas ringan serta menjurus pada aksi komedi. Sementara itu, ditanya sama ada ada Umar bakal mengikut jejaknya menjadi pelakon apabila dewasa kelak memandangkan kerap didedahkan di set penggambaran, Izreen berkata, beliau mahu anaknya menceburi bidang yang lebih menjamin masa depan. 
"Sebenarnya bukan selalu pun saya bawa dia ke lokasi, sesekali saja jika keadaan memerlukan. Kalau ikutkan hati, biarlah dia mencari rezeki dalam lapangan kerjaya yang mempunyai jaminan masa depan. 

"Pada masa sama, saya juga tiada apa-apa halanagan andai Umar memilih jalan yang sama seperti saya. Paling penting, saya mahu dia belajar setinggi mungkin," ulasnya lagi," katanya. Umar adalah anak tunggal Izreen menerusi perkahwinannya dengan pengarah drama, Muhamad Riza Baharuddin. Mereka mendirikan rumah tangga pada 31 Ogos 2012, namun berpisah pada 9 Jun 2014. 


Wednesday 27 July 2016

AKHIRNYA TERBONGKAR STATUS ANAK STACY DAN AKIM YANG SEBENAR.PATUT LA MUKA NAK SAMA..RUPANYA........


AKHIRNYA TERBONGKAR STATUS ANAK STACY DAN AKIM YANG SEBENAR.PATUT LA MUKA NAK SAMA..RUPANYA........ANAK ANGKAT

Penyanyi terkenal, Stacy telah mengambil seorang anak angkat iaitu Bella Valentina yang kini sudah pun berusia tiga tahun....

Pemilik nama Stracie Angie Anam ini mengakui dirinya terlalu menyayangi anaknya, walaupun Bella bukan darah dagingnya sendiri.'
“Bella ibarat nyawa Stacy sendiri. Bella juga telah menukar diri Stacy menjadi seorang yang lebih matang....

Sebelum kehadiran Bella, Stacy ni macam budak-budak sikit tetapi sekarang dah berubah.
“Sejak ada Bella, Stacy lebih bahagia dan seronok. 

Sampaikan sekarang ini, ke mana sahaja Stacy pergi, Stacy pasti tak sabar hendak cepat pulang ke rumah sebab hendak habiskan masa bersama Bella,” katanya.

Bella kini tinggal bersama Stacy di Kuala Lumpur dan sudah pun dihantar ke kelas pra-sekolah di sebuah tadika di ibu kota....


5 Ekor Kucing Berdoa Sebelum Makan Jadi Viral Dengan Lebih 1juta Tontonan


Kita yang manusia ni kalau dah kebulur lupa langsung nak baca doa sebelum makan. Tapi kucing ni walaupun binatang pandai baca doa sebelum makan tau. Jangan terkejut!
Video yang kini ditonton mencecah 1.7 juta di Facebook menunjukkan seorang gadis membaca doa dan ketika baca 5 ekor kucingnya tak berganjak langsung malah tak menyentuh pun makanan mereka.
Bila gadis tu dah bagi green light untuk makan barulah semua kucing tu makan. Alahai tak boleh nak comel lagi ke kucing ni?


Inilah 5 Gambar Cantik Manis isteri Hafiz R0shdi aka Harraz Naufal

#Nama pelak0n bari Hafidz R0shdi secara tiba tiba meningkat naik. Bukannya apa, ini setelah pergaduhannya dengan Uqasha Senr0se mencuri perhatian ramai.
#Pergaduhan mereka berdua berdua berlaku apabila Hafidz menyatakan tunangnya berasa cemburu dengan Uqasha Senr0se kerana Hafidz sering muatnaik gambar pelak0n wanita itu di iG.
#Pergaduhan mereka meleret-leret dengan saling berbalas kenyataan di media.
#Kini Hafidz telahpun berkahwin dengan tunangnya itu minggu lalu. Dah sah bergelar suami isteri. Tahniah diucapkan.
#J0m lihat wajah isteri Hafidz R0shdi:









Gempar kerana selalu muntah. doktor terkejut dengan objek pelik di dalam perut pesakitnya. selepas melakukan pembedahan. lihat lah hasilnya. memang mengejutkan siapa yang tak berani jangan tengok

Gempar kerana selalu muntah. doktor terkejut dengan objek pelik di dalam perut pesakitnya. selepas melakukan pembedahan. lihat lah hasilnya. memang mengejutkan siapa yang tak berani jangan tengok




22.PNG


Sumber ::http://siaranawani.blogspot.my/


Monday 25 July 2016

Tabiat Hisap Puting Kosong? – Doktor Ini Kongsi 5 Tips Mudah Henti Penggunaan Elak Infeksi & Gigi Jongang

penggunaan puting kosong header
Penggunaan puting kosong menjadi pilihan ibubapa untuk menenangkan bayi yang sedang menangis dan memudahkan bayi untuk tidur. Namun, penggunaan puting kosong ini pada tempoh berpanjangan akan membawa keburukan kepada bayi.
Jom baca perkongsian dan penjelasan lanjut doktor ini mengenai penggunaan puting kosong kepada bayi dan cara-cara mudah nak hentikan penggunaannya. Tak mahu lah anak bergigi jongang nanti, betul tak?

Puting kosong digunakan sebagai alat penenang dan membantu bayi mudah tidur

ILMU KESIHATAN. Artikel 372.
“TAU TAK ANDA, BAIK BURUK PUTING KOSONG UNTUK BAYI/KANAK-KANAK ANDA. APA PENDAPAT ANDA??”
Doc & anda pernah menghisap puting kosong masa kita baby dulu. Kali ni bayi kita pula menghisap puting kosong. Ianya digunakan untk menenangkan bayi & kanak2 yg suka menangis atau permudahkan mereka tidur.
A. Apakah itu puting kosong?
Ialah alat penenang diperbuat dari silikon, latex/getah. Ia ada pengadang mulut & pemegang yg diperbuat dari plastik atau silikon. Puting lateks lebih lembut & fleksibel dari silikon, tapi tak tahan lama & boleh disterilkan. Doc nak bagi tau yg pengadang mulut puting tu untuk mencegah bayi dari tercekik atau terelan puting itu…hihihi. Puting ortodontik dibentuk untuk bayi menghisap sama cara seperti menyusu badan ibu. Dua per tiga ibu guna puting kosong semasa bayi mereka berusia 2 atau 3 bulan.
B. Faedah puting kosong
1. Boleh menenangkan bayi atau bantu bayi mudah tidur.
2. Kurangkan sakit bila baby menangis sebab kembung perut.
3. Bantu bayi pramatang mempermudah kuasa hisapan sebelum minum susu. Mereka mudah beralih dengan lebih senang dari makan melalui tiub kepada penyusuan botol lebih efektif.

Keburukan akan berlaku infeksi telinga dan masalah gigi jongang

C. Keburukan penggunaan puting kosong
1. Infeksi telinga tengah meningkat kerana menghisap puting kosong menambah infeksi berpindah dari mulut ke tiub Eustachi ke telinga tengah bayi.
2. Kaitan dengan infeksi puting kosong ke perut seperti muntah-muntah, demam, cirit-birit & sakit perut.
3. Kalau le anak anda guna puting kosong secara jangka panjang, doc pasti masalah gigi akan terbentuk…..hihihi dia akan bergigi jongang le!! Bila dah tumbuh gigi kekal, gigi kanak-kanak tu lagi jongang kalau masih hisap puting kosong.
3. Lagi satu doc nak bagi tau penggunaan puting kosong tak membolehkan bayi membebel atau bertatih berceloteh. Maka kelak ia kurang kemahiran bahasa.
4. Kalau anda biar bayi tu gonggong puting kosong secara harian akan mengganggu penyusuan badan. Maka lebih cenderung mencerai ibu-ibu yg menyusu badan. Ramai ibu rasa dirinya kekurangan susu kerana bayi menghisap puting kosong lebih dari puting tetek. Maka kurang meransangkan payudara untuk keluarkan prolaktin, yg menyebabkan penurunan bekalan susu ibu.
Doc nasihatkan ibu-ibu supaya menyusu badan secara eksklusif untuk ENAM bulan pertama sebab faedah penyusuan badan amat baik untuk tumbuhan tubuh dan akan baby anda. Ada ibu yg beri puting kosong sejak umur 1 bulan….tapi tak digalakkan.

Jangan biarkan jadi tabiat, nanti susah dileraikan

D. Kalau anda nak juga guna puting kosong untuk bayi anda doc nasihatkan:
1. Gunalah puting ortodontik;
2. Pastikan ia bersih – sterilkan seperti puting botol.
3. Periksa jika ada retak, pecah atau lubang, yg boleh menakung kuman. Elok gantikan dengan puting baru.
4. Jangan salut puting kosong dengan makanan manis seperti madu atau jus oren akan menyebabkan kerosakan gigi yg cepat.
5. Cuba hadkan puting kosong untuk menenangkan bukan gonggong sentiasa.
6. Guna puting kosong bila anda rasa amat perlu je. Kalau berpanjangan akibat infeksi telinga & perut.
7. Cuba “ceraikan” anak anda daripada putingnya sebelum usia 1 tahun atau paling teruk sebelum gigi kekal keluar pada usia 6tahun
8. Jangan biarkan penggunaan puting kosong menjadi tabiat… Susah di”lerai” nanti tau!!

5 cara mudah nak leraikan puting kosong

E. Kalau nak “lerai” puting kosong.. Mai le cuba idea-idea doc ni. hihihi
1. Dengan perlahan kurangkan masa anak menggunakan puting.
2. Hadkan penggunaan puting kosong masa tidur atau menenangnya je.
3. Beri ganjaran yg best kalau dia stop puting kosong, jangan berikan gula2 ye.
4. Tunjukkan kepadanya budak-budak yg lebih tua yg tak gunakan puting – kanak-kanak prasekolah suka dianggap dirinya lebih tua.
5. Tau tak dulu datuk doc buh akar seruntun, garam atau cabai di puting kosong. Lama-lama kanak2 tu tinggalkan puting tu. hihihi
Anda buat camana stop anak anak berputing kosong?
Mai kita share komen & idea bersama. TQ.
Ada soalan, silakan. Insyallah lapang doc jawabkan.
Daripada Dr Abdul Rahim

sumber: DrRich DrRahim 


Sering Bergurau Nak Kahwin Dua, Lelaki Ini Dapat Kesedaran Bila Lihat Kesakitan Isteri Bersalin

coverk2
Dek kerana poligami dibenarkan dalam Islam, ramai suami mengambil kesempatan untuk menggunakan ayat “nak kahwin dua” sebagai gurauan untuk menyakat isteri. Walaupun sekadar gurauan, kata-kata tersebut boleh menghiris perasaan para isteri dan membuatkan mereka kecil hati.
Setelah membaca cerita yang dikongsikan oleh Ustaz Khailil ini, pasti para suami akan fikir dua kali sebelum menggunakan gurauan “nak kahwin lagi” kepada isteri. Besarnya pengorbanan seorang wanita bernama ibu dan isteri, ayuh ambil iktibar dan muhasabah diri!

“Apa-Apa Berlaku Kejap Lagi, Biar Anak Selamat”

hukum-bersalin-doktor-lelaki
(Sekadar Gambar Hiasan)
Tercengang dengar luahan dan penyesalan sahabat saya ustaz Mohamed Iqbal Alivi tentang gurau bab poligami dengan isteri.. Baru-baru ni beliau baru je dapat cahaya mata.. Comel anak dia..Lepas habis program di pasir gudang lepas solat semua ajak ustaz iqbal makan di asam pedas power johor dan kami bersembang..
Dia kata “Lil.. Lain kan dah ada anak ngan tak ada anak lagi.. Allahu.. Lil.. Aku bersama ngan isteri aku dalam bilik bersalin 8 jam nak tunggu baby keluar.. Isteri aku kata.. “Abg apa-apa berlaku jap lagi.. Biar anak selamat.. Apa-apa berlaku pada saya takpe..” Aku nangis lil.. Ak tengok dri mula sampai akhir bini ak bersalin.. Aku rasa yaAllah payahnya laa.. Aku terus teringat kat mak aku lil.. Aku lahir dulu besar 4kg lebih.. Lagi teruk mak aku lahirkan ak dulu…” Huhuk..

Selalu Bergurau Nak Kahwin Dua!

“Masa kami berdua je.. Aku selalu bergurau dengan isteri ak nak kawin dua.. Biar awak senang sikit.. Saya kawin dua awak ada kawan… Masa tu orang umah aku marah.. Ngajuk.. Aku tak faham.. Lepas ak tengok dia bersalin aku dah x nak sebut benda2 kawin dua ni lil.. Kesian kat bini ak…”
Allahu.. Saya terfikir.. ramainya suami2 hari ni jadikan itu sebut nak kawin dua.. Nak kawin sorang lagi jadi bahan gurauan.. Tapi langsung tak tahu.. Sebenarnya walaupun nampak bergurau tapi sangat beri kesan pada hati seorang wanita.. Nampak macam xde pape.. Dia cubit kita.. Ngajuk.. Tapi dia akan ingat sampai bila2 gurauan kita tu… Kadang2 benda2 gurau2 benda2 macam ni buatkan isteri kita hilang respect pada kita.. Sebab buat benda2 macam ni gurauan.. Hati wanita sangat lembut dan cepat terasa..
Saya kalau timbul perbincangan tentang kawin dua dan sebagainya depan saya dan isteri saya terus kata “saya takde masa nak fikir pasal ni… Kerja saya banyak.. Isteri saya ni cukup sempurna bagi saya..”

Banyakkan Puji Isteri Lepas Bersalin…

Saya nak ajak suami2 kawan2 saya.. Walaupun poligami dibenarkan syara’ tapi jangan jadikan soal itu sebagai gurau .. Kita bergurau la lepas ni ngan isteri kita perkara lain.. Main angkat-angkat dia ke.. Main lari-lari ke.. Main nyorok-nyorok ke.. Yg buat dia boleh happy ngan kita.. Jangan sesekali kita jdikan poligami bahan gurauan depan isteri dan anak2 kita.. Kita jaga perasaan orang umah kita macamana kita nak isteri kita jaga perasaan kita.. YaAllah.. Maafkan saya.. Maafkan kami semua.. Kami tak perasan perkara2 kecil ni…
Sya pernah dengar.. Bila isteri lepas bersalin.. Kita kena banyak puji isteri kita.. Cakap.. Awak kuat sangat.. Awak banyak tolong sy.. Terima kasih.. Saya dapat rasakan yg awak kuat berdoa dengan Allah untuk saya dan cereer saya.. Sekali sekala.. Puji isteri kita depan mak ayah dia.. Mak ayah dia pun suka.. Isteri kita pun suka,. Tapi malangnya hari ni.. Kita sebagai suami jarang sngat.. Berat sangat mulut nak puji isteri kita yg bnyak korban untuk kita.. Bukankah dia pernah lahirkan zuriat kita.. Dia yg tanggung perit semua? YaAllah.. Maafkan kami.. Kami x pndai jadi suami yg terbaik..
Motivator Ummat,
Ustaz Khailil Razak
Share di wall anda agar suami, menantu, dan tunang kita dapat baca insyaAllah..

Sumber: Khailil Razak


Dari 90kg Ke 58kg, Gadis Ini Kurangkan 10kg Dalam Masa Sebulan. Jom Baca!

tips kurus 10kg 1month
Nak kurus dalam masa yang singkat ni bukannya senang,  seseorang tu mesti kena tanam keazaman dan buat sungguh-sungguh. Paling penting diet ikut cara yang betul dan bersenam. Jangan hanya mengomel tanpa bertindak apa-apa.
Macam yang dikongsi adik ni, pergh kitorg memang respect habis! Dalam masa sebulan boleh kurangkan 10kg berat. Memang betul-betul tinggi disiplin dia ni. Haa korang yang nak kurus tu boleh ikut tips daripada gadis ni. Dah kurus makin cantik dan berseri pulak.

Macam mana nak loss 10kg in 1 month! Badan kena detox dulu, penting!

13707546_1069673303122278_4835964662499532126_n
Assalamualaikum,
Bismillahirahmanirahim, hye guys
(90kg-58kg) 32kg
Haaa sebelumm tu nak cakap dulu,, ni BERGANTUNG kepada metabolisma, kerajinan serta disiplin yang kuat tau! Firstly, Loss 10kg in 1 month
1. Kena detox dulu badan tu haaa.. Tahu ke idok berapa tan matrix lemak2 serta tahi yang menapak beranak pinak dekat usus tu?? So! Korang boleh google tau
2. Pengambilan diet seharian yang saya amalkan ni kalau korang nak tukar or untuk bf mom boleh lebihkan Portion protein (better refer pakar dietition dulu)
Pagi: roti 3 keping + greentea
Air suam (wajib ambik mcm2 mana pon)
Sebelum pukul 9 pagi (kalau untuk pesakit kencing manis whole grain bread tau.. Kalau yang memang manis muka dia tu.. Roti gardenia kosong tu jee haa).
Lunch: nasi 2 senduk (sebab orang melayu tulin. Kalau tak makan nasi tak boleh hdup rasa), ayam atau ikan, sayur hijau rebus/ kukus (saya tak suka lauk kari so memang tak ambik, kadang2 kuah kicap jee. Student kan pepaham lah ekonomi macam mana. Kalau duduk rumah request dengan umi nak makan “ikan singgang”. Nii kalau hari2 makan telor goreng nanti jadi sadoo jangan salahkan sis yee.
Dinner: buah epal hijau (ni pon pilihan, kalau lunch tak ambil lagi nasi, saya ambik time dinner, tak lebih pkul 8 malam) ehh plisss,, jangan gatal2 nak makan pizza kaa nugget ka malam2 ni acah2 mat salleh tau.

Ambil 2-3liter air suam sehari, minum greentea dan workout jangan lupa

13707595_1069673333122275_4291123968856073352_n (1)
3. Dalam sehari kena ambik 2-3 litter air suam/day ni wajibalghunoh untuk yang nak loss weight 10kg/month.. Korang boleh google jugak macam mana nak kira brapa liter air untuk diperlukan oleh badan dan cara nak devide tak delah nnti ulang alik tandas je..
4. Saya memang tekankan pngambilan greentea. Bukan kata mnum greentea tak jaga makan, tak senam tuptup turun 20kg. Ehh memang idokkk ler. Dia MEMBANTU meningkatkan metabolisma selain itu dia jugak bantu dalam loss weight. Saya peminat greentea ahmad boleh dapatkan di tesco or aeon atau boleh beli dengan Muhammad Harith Syazwan.
5. Setiap hari koranng WAJIB workout 30min/day untuk prmpuan bolehlah nak zumba. Haaa ni kalau yang keje opis tu mohon buat lebih. Sebab korang kurang bergerak berbanding cikgu. Nurse ke hulu hilir ni..
6. Jangan nak acah2 makan oat, makan biskut, roti, tahu tak sebenarnya semua ni lagi banyaakkk bebanan untuk diproses berbanding ambik nasi. Sooo please!! Refer dietition sebelum buat keputusan tau!

Wajib pantang ais, fast food dan minum air kosong setiap pagi

13690673_1069673489788926_6830284426161616678_n (1)
7. KENA pantang ais, air yang disejukkan, abc, cendol, cool blog, segala mak nenek yang sejuk. Just minum air suam mengikut liter yang badan korang perlukan (whole day)
8. Pantang lah segala fast food macam kfc mcd pizza subway semua tu untuk 3 bulan pertama tanpa ada “treat day”
9. Timbang dulu sebelum mulakan misi. Setiap minggu make sure timbang! Jaga juga emosi tu biar stabil, sometimes dia akan memberi kesan jugak. Kalau genetik jenis obesiti, korang kenalah lipat gandakan usaha. Sebab potensi untuk loss weight 10kg/weeks tu rendah.
10. Bangunnn je dari tido sebelum korang gi toilet, sebelum gosok gigi, teruss minum air kosong agak2 dalam 2-3 gelas (kalau air suam, amaaaat dan sangattt digalokkan) korang boleh search kebaikan minum air selepas bangun tido. Banyak manfaat dia.
Kalau seminggu korang boleh loss cuma 3kg. Janganlah sedihh dulu syg! Kalau 4 minggu dah dapat berape?? Haaa gitu
Satu lagi nak pesan ni, jenis yang tak kuat semangat. Cepat down. Please sayang cari kekuatan kamu. Kalau ada awak tu suami yang ade isteri gemok! Jangan dihina badannya tapi temanlah dia buat zumba or jagakan anak masa dia tengah workout tu! Kan nampak sawit disitu.. Hahahaha
Mungkin ada point yang berulang
Kalau ada point tertinggal maafin yaa
Kalau tak paham direct tanya tau
P/s: kindly share kalau bermanfaat utk awak n ur future

sumber: Alia Amira Rohadi


KISAH BENAR!! Housemate Aku Lesbian Dan Perangai Diorang Macam Datang Dari Neraka! Tiap Kali aku keluar Rumah Mesti mereka akan melakukan . . . .

KISAH BENAR!! Housemate Aku Lesbian Dan Perangai Diorang Macam Datang Dari Neraka! Tiap Kali aku keluar Rumah Mesti mereka akan melakukan . . . .


First of all thanks sebab sudi luangkan masa baca email ni.. saya ialah salah seorang silent reader blog awak yang setiap hari akan tgk dan baca post2 terbaru. jgn risau.. email ni bukan nak complain apa2 cuma dah nama blog pun'cursingmalay' so saya pun nak cerita perihal orang melayu..

bulan januari kawan saya masuk ke rumah sewa yang baru. masa datang dia tgk girl yang duduk kat rumah tu pun ok. muka nampak innocent je. jln dengan cakap pun kepit je.. hari pertama dia dtg nak pindah barang.. dia agak terkejut tengok ada pakaian lelaki dengan seluar dalam bersidai dlm rumah. kasut lelaki pun ada.. mungkin girl tu tahu apa yang kawan saya fikirkan, dia pun ckp yang semalam tunang dia tidur sini. temankan dia sebab dia tinggal seorang. nanti adik dia akan duduk dengan dia. kawan saya pun cakap oklah. cuba untuk berfikir baik.. mungkin girl tu memang takut duduk sorang2..

esoknya kawan saya dtg lagi nak pindah barang dan kemas bilik. dia tengok seluruh family girl tu ada kat rumah tu. mak dia abang dia kakak dia abang ipar kakak ipar anak sedara dari yang besar sampailah yang kecil. kawan saya pun fikir takpela kut sekejap aje.. kawan saya pindah barang dengan tunang dia..
minta tunang dia tolong angkat barang2 yang berat..

3 hari selepas tu baru kawan saya pindah betul dan kunci bilik hanya diberikan selepas kawan saya masuk.. maknanya sebelum ni walaupun kawan saya dah pindah barang dan bayar deposit kunci still diorang pegang. masa kawan saya masuk semuanya ok dia pun baik.."kalau nak makan apa-apa.. ambil je.. kita kongsi-kongsi" kawan saya pun senyum
ajelah.

kawan saya ni bukan jenis yang memasak. tengah hari makan kat opis.. lepas keje pergi makan dulu baru balik kadang-kadang dia bungkus makanan. mungkin ada dlm 2 ke 3 kali je dia makan kat rumah tu sementara tunggu gaji masuk.

seminggu lepas kawan saya duduk, adik girl tu pula masuk. lepas tu dia tgk toileteries dia belum sebulan dah habis.. dia pakai krim mandi 1 liter takkanla 2 minggu dah habis.. ubat gigi pun sama.. memang tempat dia letak barang2 tu berubah-ubah. dia pun fikirla mungkin dia terpicit banyak.. esoknya dia tgk ubat gigi ada menitik merata-rata dlm bilik air.. dia tak nak tuduh sesiapa tapi saya tahu kawan saya ni memang jenis tahu mcm mana dia letak barang.. dia memang sgt2 particular so lepas semua tu habis.. dia beli baru n letak dlm bilik bila nak mandi baru bawa pergi bilik air.

kemudian, make up dia pula hilang.. dia pun pelik.. mcm mana make up yg ada kat dlm bilik boleh hilang.. oh mungkin dia tersalah letak.. jenuhla dia spot check bilik, korek sana-sini kut2 tersalah letak.. cari dlm kereta dan rumah family tunangnya juga sebab dia selalu ke rumah. tapi hampa takde.. so dia fikir mungkin dia terbuang.. dia diam je.. buat mcm biasa pergi keje balik keje makan dulu pastu baru balik rumah.

dia pun awal2 dah pesan dengan diorg yang dia ni malam-malam pun buat keje. so kalau dia memerap dlm bilik tu maknanya dia buat keje. bukan saja2 tak nak bersembang dengan diorang n tgk tv. dia pun bukan jenis yang suka tgk tv sgt. dia tgk cerita gemilang je kat tv3.. itupun 3 episod yg pertama dia tumpang tgk tv diorang.. yg lain semua dia tgk kat tonton. so dia igtkan semuanya dah ok..

last week dia balik rumah parent dia.. bila balik rumah sewa dia tgk tgk lagi sekali make up dia hilang.. barang2 dia ada yang berubah tempat.. lagilah pelik.. takkanla ada hantu suka curi2 make up orang kut.. dia diam lagi.. bila perkara mcm ni dah jadi.. mulalah dia suspek seseorang.. selalunya adik dia akan duduk di rumah bila semua org dah pergi keje.. untuk menghilangkan persoalan di hati.. dia pun masuk bilik diorang dan dia jumpa barang make up dia dlm bilik diorang! patutlah krim mandia dia walaupun dah letak dlm bilik tapi still cepat habis!

bila adik girl tu balik.. dia tanya pasal barang tu.. terus adik girl tu maki kawan saya.. ckp kawan saya sial.. sundal.. suka buat maksiat.. bawak balik jantan.. menumpang rumah orang.. menghabiskan api air.. curi makanan diorang.. mcm2 lagi. siap tunjuk fuck dan ludah2.. pastu adik girl tu call kakak dia.. kawan saya pun agak geram.. dan of course marah. kawansaya pun ckpla.. kenapa kurang ajar? fitnah dia bukan2.. suara dia pun mula meninggi. adik dia terus keluar rumah tunggu kakak n tunang kakak dia balik..

kakak dia pun balik rumah dgn tunangnya.. tunang dia pulak masuk rumah terus sepak kasut.. bayangkanlah kawan saya seorang nak menadah telinga untuk cacian yang keluar daripada 3 mulut manusia.. diorg tanya kenapa.. kawan saya ckpla pasal barang dia hilang.. kalau betul ambil mengaku.. kalau tak sudahla.. dia
pun sebelum ni memang pernah ckp kat saya yang dia ada terfikir nak pindah sebab diorang suka buat bising.. lepas tu bawak masuk penyewa lain tanpa beritahu kawan saya ni.. kawan saya bukan menumpang dia bayar sewa.. jadi kalau ada orang baru nak masuk.. sekurang2nya beritahulah dia dulu.. dia pun ada hak untuk tahu 

lepas tu terus kawan saya ni dihujani dengan macam jenis perkataan yg menyakitkan hati.. tunang girl tu pun boleh tahan.. sebab kawan saya perempuan dia berani buat mcm tu.. dayus la kut.. bukan dia yg duduk dlm rumah tu tapi sebab sayang punya pasal.. dia pun backing la si kakak dengan si adik ni.. pastu tuduh kawan saya tampar adik dia.. pergh bila masa?


lepas tu diorang macam lari nak jawab soalan pasal make up tu.. point kawan saya malam tu pasal make up je. lepas tu terus diorang tuduh kawan saya curi beras dengan sabun basuh baju.. WTF dapat duit ke curi benda2 mcm tu.. kalau kawan saya makan pun sebelum ni girl tu kan pernah ckp dengan baik dan lembutnya suruh makan sama2.. lepas tu, kawan saya mandi pun boleh jadi isu.. dia mandi average memang 10 minit. pompuan kan.. lepas tu ckp pasal kawan saya mandi dgn basuh baju kat rumah tu duit air melambung2.. tak masuk akal.. masa dia sewa kat rumah lama takde masalah pun.. siap pakai washing machine. kat sini basuh tgn je.. pasal tutup pintu pun jadi isu.. pintu depan rumah tu memang agak rosak sikit.. kalau nak tarik kena kuat sikit.. itupun diorg ckp dia suka hempas2 pintu segala.. tuhan ajelah yg tahu betapa sakitnya hati dia malam tu..

lagi best diorang suruh dia keluar rumah tu malam tu jugak.. eh dia dah bayar sewa takkan nak keluar mcm tu je.. infact kawan saya bayar lebih dari diorang berdua.. diorang bayar sikit duduk bilik besar kawan saya bayar banyak duduk bilik kecil.. tunang girl tu pulak keluar ayat best "mulut ko tu jaga sket. aku bagi peluang untuk ko duduk di sini lagi.. tapi aku tak nak dengar ko buat diorang ni mcm ni" mcm kawan saya ni menumpang kat rumah orang..

semalam saya ikut kawan saya pergi cari bilik sewa baru.. alhamdulillah Allah tolong dia.. dia dpt rumah baru.. dia igt nak pindah esok.. tapi tiba2 pagi tadi mak diorang pulak telefon.. suruh dia berambus ckp bukan2.. fitnah dia bawak laki tido kat rumah.. padahal girl tu yang suka bawak laki masuk rumah. mestilah mak girl tu percaya anak dio sebab anak dia balik kampung pakai tudung.. duduk kl tudung terbang...

ada lagi ke orang mcm ni.. tak cukup diorang tiga orang.. mak dia pulak serang kawan saya.. siap ckp nak report polis tuduh kawan saya mencuri barang2 anak dia.. mak dia pun cakap kawan saya tu babi.. satu family dia memang mcm ni ke? FYI kakak dia pernah keje GRO..

dan mungkin Allah nak tunjuk.. semalam masa kawan saya nak keluar pergi keje.. kawan saya nampak penyewa baru tu tidur kat ruang tamu dengan kawan dia kut.. dua2 girls tido atas tilam yang sama.. peluk bukan main erat.. mulut bertemu mulut.. astagfirullah.. saya rasa bagus kawan saya pindah dari rumah tu.. satu family syco.. tak sangka zaman sekarang ni ada lagi orang mcm ni.. suka fitnah orang..

kepada yang nak cari bilik sewa tu.. saya nak pesan jgnlah terpedaya dengan orang yang nampak innocent ni.. sebelum pindah tu cari rumah yang elok.. kalau ada rasa tak best je.. pindah terus.. jgn tunggu nanti jadi mcm kawan saya ni.. baru 3 bulan nak kena pindah lagi.. tak sangka duduk dgn orang gila..

thanks sebab sudi baca email yang panjang berjela ni.. just nak cerita pasal orang melayu yang duduk kampung datang kl pastu rasa diri dah kl habis.. rasa diri dah besar habis sampai boleh caci maki orang.. dan fitnah2 orang.. sory kalau ada yang terasa tapi inilah realiti orang melayu.. suka jaga tepi kain orang.. suka fitnah2 orang tapi diri sendiri tak nampak kesalahan. mungkin kawan saya pun ada khilafnya.. tapi takdela sampai nak memperdajal orang mcm mana yang diorang buat kat kawan saya ni.. harap diorang akan terkena buku dengan ruas nanti..


Sunday 24 July 2016

Pegang tangan, rangkul pinggang tanda Ruhainies selesa - Adnan

Datuk Seri Adnan Abu suami Adira. (kiri) dan Ruhainies.
KUALA LUMPUR: Suami kepada penyanyi Adira, Datuk Seri Adnan Abu, mengaku keluar bersama aktres muda, Ruhainies, dan intim seperti dipaparkan dalam video yang tersebar di laman sosial, semalam.

Adnan berkata, walaupun sedar risiko bakal dihadapi, namun beliau cukup senang dengan kehadiran Ruhainies, malah sedia menjadikan aktres itu sebagai isteri ketiga jika ditakdirkan jodoh bersama.

"Saya dan Ruhainies tidak ada apa-apa hubungan. Tetapi saya akui sukakan dia. Apabila saya merangkul pinggang dan kami berpegangan tangan, saya anggap dia juga mempunyai perasaan sama. Nak buat macam mana, tangan saya seperti 'automatik' pula.

"Ini namanya saya sendiri yang mencari 'bala'. Tetapi, saya berasakan kisah ini seperti dalam cerita P Ramlee (Madu Tiga) versi zaman sekarang pula," katanya kepada BH Online.

Adnan berkata demikian bagi mengulas video yang disebarkan di laman sosial membabitkan beliau dan Ruhainies.


KELIBAT Datuk Seri Adnan Abu dirakamkan di sebuah pusat membeli-belah semalam. - Foto Mstar
Menerusi video berkenaan, mereka kelihatan mesra ketika berjalan berdua di pusat beli-belah terkemuka di ibu kota, Pavilion.

Dalam rakaman berkenaan, Adnan turut dilihat merangkul pinggang Ruhainies ketika menaiki tangga bergerak selain kedua-duanya berpegangan tangan di luar premis itu.

Ditanya adakah Adira dan isteri pertamanya yang dikenali sebagai Datin Red menyedari mengenai perkara itu, kata Adnan, hanya isteri pertamanya yang belum mengetahuinya.

"Saya seorang yang jujur dan akan meminta izin kepada isteri-isteri jika mahu berkahwin lagi. Lagipun bukannya saya buat perkara yang tidak elok.

"Cuma dalam hal ini, Adira sudah mengetahui tentang hal ini kerana beberapa wartawan sudah menghubunginya. Cuma Datin Red yang belum tahu. Risau juga apa reaksinya," ujar Adnan.

Sementara itu, Ruhainies menerusi sebuah portal tempatan menyatakan beliau diperangkap oleh Adnan dan video yang disebarkan itu dianggap sebagai taktik lelaki terbabit mengenakannya.

Terdahulu, Adnan dan Ruhainies pernah bekerjasama bagi menjayakan sebuah video promosi raya untuk syarikat beliau.

Adnan yang juga ahli perniagaan menjadikan penyanyi itu sebagai isteri kedua pada 3 Disember 2015 di Songkhla, Thailand.

Isu Adnan dan Adira berkahwin turut mendapat kejutan ramai kerana ia dilangsungkan secara rahsia dan agak tergesa-gesa. BH